IKLAN

 

Sengat lipan memang berbisa, tetapi tidaklah sampai membunuh. Dikatakan, anda perlu disengat sekurangnya lebih seribu kali sebelum boleh mati disebabkan sengatan tersebut. Namun ada beberapa keadaan di mana anda perlu mengambil serius dan berjumpa doktor juga.

 

Lipan ini ada beberapa jenis, tapi yang paling berbahaya kalau di Malaysia adalah lipan bara (Scolopendridae). Ia berwarna merah dan saiznya besar serta boleh mencecah 30cm. Walaupun begitu, lipan ini sangat jarang dijumpai di kawasan yang didiami manusia, dan selalunya membesar di hutan serta kawasan bawah tanah hutan hujan tropika.

 

Oleh yang demikian, hanya pemancing yang memancing di hutan sungai pegunungan yang lebih terdedah terkena sengat lipan ini.

 

 

Kesan sengat lipan mirip seperti gigitan ular, kerana terdapat dua bintik halus dan kemerahan . Jangan pula anda terkeliru dan pastikan anda betul-betul melihat jenis lipan tersebut, seperti saiz dan warna. Kalau berani, tangkap dan simpan lipan tersebut serta tunjukkan kepada doktor yang merawat.

 

IKLAN

Apa Patut Buat Kalau Kena Sengat Lipan Masa Tidur

 

Dengan tenang, cuba `kepung’ lipan tersebut. Cari objek tumpul dan ketuk kepalanya beberapa kali sehingga mati. Kemudian segeralah basuh kawasan disengat lipan dengan sabun antibacterial beberapa kali dan bilas dengan air yang banyak.

 

 

Tak perlu dipicit kawasan sengat kerana bisa lipan kebiasaannya tidak merebak. Tindakan memicit kawasan sengat akan menyebabkan ia mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan bisa masuk lebih dalam menyebabkan sakit anda lebih lambat pulih.

IKLAN

 

Sengatan lipan terdiri daripada protein yang boleh terurai oleh suhu panas. Sekiranya tempat sengatan anda menjadi bengkak, rendamkan kawasan tersebut dalam air panas(35-45’C) selama 30 minit.

 

Sesetengah lipan menyebabkan kawasan sengat menjadi gatal. Oleh itu, anda boleh dapatkan krim steroid seperti Hydrocortisone untuk mengurangkan gatal dan kesan kemerahan pada kulit.

 

 

Sengat lipan ni amat sakit dan terasa hingga 48 jam lamanya. Dapatkan ubat penahan sakit jenis NSAIDs seperti tablet Diclofenac atau Ibuprofen. Pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda baru pertama kali ingin mengambil ubat ini.

 

Bila anda perlu berjumpa doktor?

 

– Jika kesan sengat lipan tidak baik selepas beberapa hari dan semakin bengkak.

– Sejurus selepas disengat, anda dinasihatkan mengambil suntikan anti-tetanus (kancing gigi)

– Beberapa kes sengatan lipan boleh menyebabkan alahan yang teruk (anaphylaxis reaction). Oleh itu berjumpalah doktor segera untuk penilaian lanjut sekiranya anda mengalami sesak nafas, pening kepala, sakit dada, merah seluruh badan dan sakit yang melampau.

– Anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah serta warga emas yang digigit lipan hendaklah dibawa berjumpa doktor dengan segera.