Air Kelapa Resepi Umpan Patin!!

Share

 

Air kelapa boleh dijadikan bahan utama untuk menyediakan umpan memancing ikan patin. Di sini kami tunjukkan cara-cara penyediaannya.

 

Bahan-Bahan:

Sebiji kelapa muda (sebaiknya dari jenis kelapa air manis)

Pes pandan

Kelapa parut

Roti sandwich (potong dadu)

 

Cara-Cara penyediaan:

 

Step 1

Titis atau renjis air kelapa ke atas roti sandwich yang telah dipotong dadu sehingga agak lembab sekata di dalam bekas bancuhan umpan.

Step 2

Tuangkan pes pandan 2-3 penutup pes pandan bergantung kepada jumlah roti dadu yang digunakan. Goncang hingga sekata.

 

 

Step 3

Masukkan pula sedikit kelapa parut dan goncang lagi sehingga adunan sekata.

 

 

Step 4

Umpan bancuhan air kelapa yang sedia untuk digunakan. Ia boleh terus digunakan atau perap buat seketika.

 

 

Step 5

Gunakan perambut 2 mata kail dan kepal roti pada mata kail tersebut. Anda boleh guna teknik apung mahupun dasar.

 

IKLAN