Ada 2 Jenis Spesies Ikan Tebal Pipi Rupanya!!

Share

 

Sebenarnya tebal pipi dan gerut adalah spesis yang berlainan tetapi dari keluarga yang sama iaitu haemulidae dan berkongsi habitat dan diet yang sama, bunyi yang sama iaitu

`groot groot’ apabila dinaikkan oleh pemancing, rupa yang seakan sama tetapi berbeza jika diamati dengan teliti dan rasa yang jauh berbeza iaitu rasa tebal pipi lebih sedap berbanding gerut-gerut.

 

Nama global tebal pipi adalah yellow tail trumpeter. Tebal pipi terbahagi kepada dua jenis iaitu yang berwarna kuning keemasan dan satu lagi berwarna perak pada badan manakala sirip dan ekor berwarna kuning.

 

Yang berwarna kuning kecemasan isinya lebih lembut dan lemak berbanding yang berwarna perak.

 

Tebal pipi mempunyai pipi yang cembung iaitu penutup ingsangnya membonjol atau membengkak pada tulang pipi seakan akan menonjol keluar.

 

Saya percaya tebal pipi berwarna kuning keemasan ini nama saintifiknya Pomadasys kaakan sementara tebal pipi berwarna perak pula ialah Pomadasys auratus.

Selain dari kombinasi warna yang lebih menarik dari gerut tebal pipi mempunyai badan yang sedikit gempal. Gerut pula nama grunters. Pipinya leper.

 

Badannya berwarna perak dan ada yang berwarna keemasan namun terdapat tompok hitam atau garis hitam pada bahagian atas badannya.

Sirip dan ekornya berwarna putih dan hitam. Diharap dengan penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengenali antara spesis tebal pipi dan gerut-gerut.

 

 

IKLAN