Macam-macam jenis umpan digunakan kaki pancing di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia juga untuk memancing ikan.

Apa yang penting ‘try and error’ itu penting ketika memancing, sekali gus memperlihatkan ragam bagaimana ikan di sesebuah kawasan memakan umpan.

Berikut dihimpunkan 10 jenis umpan yang boleh dikategorikan pelik dan lari dari ketika memancing.

 

Jagung

Gunakan ketulan kecil jagung dan cangkukkan pada mata kail. Ia dikatakan mampu menggoda ikan seperti trout, carp, perch, dan bluegill untuk memakan umpan ini.

 

Hati Ayam

Bagi pemancing luar negara, umpan ini dikatakan agak pelik digunakan. Tapi di Malaysia ini antara umpan biasa yang sering kita gunakan untuk menjerat udang galah, baung, keli, pacu dan sebagainya.

baca juga tip umpan hirisan sotong

Makanan Anjing / Kucing

Ini memang pelik bunyinya. Tapi makanan anjing dan kucing yang di dalam tin banyak diguna pakai di luar negara sebagai umpan rasuah dan juga umpan yang dicangkuk pada mata kail untuk memburu spesies catfish. Boleh cuba kat Malaysia kot?

 

Keju

Keju yang tajam dan berbau seperti cheddar dikatakan antara yang efektif diguna pakai sebagai umpan memancing trout dan catfish di luar negara. Cara gunanya potong kepada ketulan kecil keju dan cangkuk pada mata kail.

 

Hotdog (sosej)

Terkenal sebagai ‘process food’ yang popular seantero dunia. Juga boleh digunakan sebagai umpan alternatif. Agak laku untuk memburu bluegill dan spesies catfish.

 

Marshmallow

Satu lagi makanan yang berpotensi digunakan sebagai umpan memancing. Di Malaysia, umpan marshmellow memang dah terkenal di kalangan kaki pancing kolam yang ingin memburu ikan patin.

baca umpan roti kelapa

Kismis

Kismis seperti persimmons dan mulberries amat berkesan digunakan untuk memburu ikan carp di luar negara. Mungkin lepas ni kita boleh mencubanya di Malaysia?

 

Gula-gula Getah / Chewing Gum

Huh, yang ni lagi pelik. Dikatakan untuk menggunakan umpan ini, paling efektif gunakan chewing gum yang berbentuk bulat kecil dan kunyahkannya beberapa minit sebelum dilekatkan pada mata kail.

Perisa yang ada pada gula-gula getah ini mampu menarik minat spesies catfish dan trout.

 

Donut

Dikatakan di luar negara, terutamanya di Norman Lake, North Carolina, donut perisa labu cukup efektif digunakan untuk menjerat ikan carp.

 

Sabun

Percaya atau tidak ketulan sabun dikatakan antara cara tradisional untuk menjerat spesies catfish. Tapi sabun yang digunakan haruslah ‘home-made’ serta bebas bahan kimia dan tiada aroma tambahan.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

 

Tinggalkan Komen