JAMBATAN PULAU INDAH (Jambatan Muhibbah)

Jambatan sepanjang kira-kira 1km yang menghubungkan Pulau Indah dengan tanah besar. Di atas jambatan ini tiada sebarang aktiviti memancing, tetapi tidak di bahagian bawah.

Nak memancing kat bawah Jambatan Muhibbah ni hanyalah bermodalkan RM2 saja sekali masuk. Ada yang jaga di sana. Mereka sudah buatkan tangga untuk kita melalui bawah jambatan dan turun ke platform tiang.

Jangan risau anda tak keseorangan, ramai kaki pancing datang ke sini. Jika bernasib baik anda akan berjaya mendaratkan spesies berharga tetapi dijamin akan berjaya menaikkan gelama.

 

JAMBATAN KOTA

Jambatan lama yang berusia lebih setengah dekad ini dibina oleh syarikat kejuruteraan Inggeris pada tahun 1957.

Jambatan dua tingkat sepanjang 0.5 km ini dibina menggunakan asas struktur besi yang merentasi Sungai Klang sebagai perantara utama di antara Klang Selatan dan bandar Klang Utara.

Boleh dikatakan satu jambatan yang sangat unik di Malaysia yang susah untuk didapati struktur sebegini di lain tempat.

Ia juga merupakan spot memancing bagi kaki-kaki pancing bagi melepaskan gian memancing kerana tidak banyak ikan gred tinggi dinaikkan di sini.

 

PANTAI ACHEH

Lokasi pantai ini mungkin agak tersorok sedikit namun ianya menawarkan pemandangan laut dan landskap pantai yang menarik untuk aktiviti santai, berkhemah dan berkelah.

Lokasi ini juga sesuai untuk anda melakukan aktiviti lain seperti parasiling atau memancing.

 

LAGUNA PARK

IKLAN

Satu lagi destinasi tepi laguna yang sangat mendamaikan. Kebiasaannya pengunjung datang ke sini sama ada untuk aktiviti riadah petang bersama anak-anak ataupun memancing untuk golongan belia.

Di sekitar kawasan ini juga terdapat pondok berehat, jeti kecil dan restoran-restoran yang menarik untuk dicuba.

Penginapan di sini tidak banyak tetapi sangat ideal untuk mereka yang ingin bermalam di kawsan tenang tepi pantai.

 

PORT KLANG CRUISE CENTRE

Port klang cruise centre di Pulau Indah ini juga dikenali dengan Glenn Cruise Terminal kerana dimiliki dan diuruskan oleh Glenn Marine Group.

Terminal ini merupakan terminal berlepas yang canggih dengan adanya balai berlepas yang tersendiri dan juga jambatan yang terus berhubung ke cruise.

Kalau tak naik pun boleh tengok-tengok kapal mewah canggih yang berlabuh dari jauh.

Namun ia adalah kawasan larangan memancing. Hanya pemancing tegar saja yang berani menyelinap masuk untuk memancing kerana banyak ikan bergred tinggi bersembunyi di kawasan ini.

 

ANGLER RESORT

Anler resort yang mempunyai keluasan lebih kurang 80 hektar, menyediakan pelbagai kemudahan selain untuk pemancing.

IKLAN

Jeti Angler Resort sepanjang 100meter panjang dan 2meter lebar boleh menempatkan 100 pemancing dalam satu masa.

Kawasan pantai sepanjang 500meter ke kiri dan kanan jeti memang dikhaskan pengunjung.

Selain memancing, ia turut menyediakan tempat-tempat riadah yang lain seperti berkhemah, paintball, paragliding dan lain-lain.

 

RUMAH RAKIT SUNGAI KEMBONG

Selain tepian tebing, anda juga boleh memancing dengan menyewa rumah-rumah rakit yang sememangnya dikhaskan untuk aktiviti memancing, di Sungai Kembong ini.

Biasanya pada hujung minggu, rumah-rumah rakit ini akan dikunjungi oleh pemancing dari segenap tempat.

Dengan harga sewa yang agak berpatutan, anda boleh tentukan sendiri tempoh memancing yang dikehendaki.

Menurut beberapa pengunjung yang pernah ke sini, ikan agak galak memakan umpan semasa air pasang dan awal hendak surut.

 

10 Port Menebing Popular Di Klang!!

 

IKLAN

TANJUNG PIAI

Tanjung Piai hampir sama keadaannya dengan Pantai Acheh. Pantai yang sangat cantik cuma agak pendek dan tak dibangunkan. Bagi pemancing itulah yang dikehendaki.

Nak masuk ke kawasan pantai ni kena lalui jalan tanah merah yang agak panjang juga dan kena lalu beberapa kawasan kampung.

Untuk memancing, anda boleh pilih mana-mana kawasan lapang yang sesuai untuk memacak joran dan melabuhkan umpan.

 

JETI & KELONG TELOK GONG

Untuk ke sini dari Kuala Lumpur, anda boleh gunakan Lebuhraya Shah Alam menuju ke Lebuhraya Pulau Indah.

Kemudiannya belok kiri ke Jalan Telok Gong dan pusing kanan ke Lebuh Kg. Nelayan untuk sampai ke jeti.

 

Di sini terdapat banyak rumah rakit, dipanggil kelong oleh penduduk tempatan. Setiap kelong disediakan dapur dan peralatan memasak, air bersih, generator serta tandas.

Manakala harga sewaan pun murah sebanyak RM350 untuk sehari semalam atau pakej harian RM35 seorang.

Memandangkan tempat ini popular dikalangan kaki pancing dan mereka yang membawa keluarga untuk bersantai sambil memancing, anda perlu membuat tempahan awal daripada para pemilik atau operator kelong.

 

Di sini anda berpeluang untuk menaikkan pelbagai jenis ikan seperti senangin, gelama, tebal pipi, duri dan sembilang.

Kalau anda bernasib baik anda mungkin dapat menaikkan tanda dan pari. Umpan yang boleh anda gunakan di sini ialah perumpun, udang hidup dan sotong.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI