Sebulan sebelum program, saya menerima panggilan daripada sahabat baik dan merupakan saudara jauh kepada suami iaitu Abang AS, beliau merupakan tekong bot yang famous di kawasan Klang.

Tujuan dan matlamat pertandingan diadakan ialah untuk mengeratkan silaturahim di antara pemancing yang selalu menggunakan khidmat Abang AS  dan sebagai medium mempromosikan Produk Memancing Jenggo di Teluk Intan. Abang AS meyakinkan saya bahawa udang di sini bersaiz besar dan sedap isinya, agak ragu juga saya memandang saya belum pernah memancing udang sebelum ini.

Namun atas keyakinan yang diberikan oleh Abang AS dan atas dorongan encik suami saya beranikan diri menerima LAMARAN oleh Abang AS untuk bersama menyertai EVENT JENGGO ini.

Seminggu sebelum pertandingan, suami dah menyediakan kelengkapan yang sesuai untuk menangkap udang. Disamping itu saya dan suami survey lokasi penginapan di sekitar Kawasan pertandingan memandangkan kawasan rumah ahli keluarga di Sitiawan mencecah 45 minit perjalanan (berpandukan Waze dan Google Maps).

 

24/2/2018, Sabtu.

 

Perjalanan kami sekeluarga daripada Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur sempat singgah di RnR Temerloh untuk menikmati hidangan Patin masak tempoyak kegemaran kami sekeluarga, seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Genting Sempah dan mendaki Genting sehingga sampai ke Batang Kali, di sini kami berehat sambil menyejukkan enjin kereta. Seterusnya kami menggunakan jalan lama sehingga sampai di Teluk Intan.

Sampai di penginapan (TnT Novelty House) sekali lagi saya terkagum dengan keindahan motel tersebut, rakan-rakan travelers mesti singgah di tempat ini. Tak terucap macamana cantiknya penginapan ini namun dengan Harga yang berpadanan memang patutlah kami jumpa Kaki Cycling dan budak2 sekolah (Game Badminton – MSSD) menjadikan ianya Penginapan Transit yang cukup menarik.

 

Program bermula seawal Pagi Ahad 25/2/2018

 

IKLAN

Jam 5.00am anak-anak dah bangun seronok nak ikut memancing, serba salah juga nak cerita kat si kecik ni yang rupanya mama dia jer yang memancingnya. Mungkin dia orang ingat bot nya bersaiz besar macam bot di KUALA ROMPIN, tak per pandailah papa dia bawak jalan memujuk nanti. Alhamdulillah di tepi jeti dalam lingkungan 500 meter ada kedai makan, sempat juga minum dan bersarapan sambil tapau bekalan untuk memancing nanti.

8:00am peserta dikumpulkan dan diberi taklimat oleh Abang AS. Taklimat merangkumi, peraturan pertandingan, lokasi dibenarkan memancing dan juga pembahagian ahli kumpulan. Alhamdulillah saya dapat local guide, NAZRI, rakan 1 bot dengan saya yang merupakan jurumudi ialah orang Lumut, Perak. Setidak-tidak nya dia mesti tau lokasi lubuk-lubuk disini kata hati saya.

Nazri telah siap-siap menyediakan bot dengan enjin dan extra minyak, untuk masuk ke belah dalam lagi katanya. Lokasi pertama kami di hulu sungai, dalam 15 minit perjalanan bot. Memang kawasan ini sunyi dari orang dan persekitaran yang cukup mendamaikan, di sini Nazri telah mengajar saya beberapa teknik mengudang yang berkesan dan umpan yang biasa digunakan.

Memang saya langsung tak bawa umpan memandangkan Abang AS dah maklum hanya umpan yang dibeli di sekitar Jeti pada pagi pertandingan sahaja dibenarkan (guna untuk pertandingan).

Strike… terasa henjutan pada Joran dan cepat-cepat saya karau, alah anak udang sahaja yang kena. NAZRI meminta saya menggunakan rod simpanannya, “rod Akak tuh besar sangat… Nak tangkap Ikan Layor ker kak?” perli dia lagi… tergelak kami berdua dengan keadaan tersebut.

Memang rod UL nie dah banyak kali menumpaskan Ikan Layaran, oleh kerana ianya berstatus UL saya menjangkakan sesuai untuk udang juga. Setelah menukar kepada rod yang sesuai kepunyaan Nazri barulah saya merasa nikmat layanan bermain dengan udang, rasa macamana udang menggigit, sampailah kepada menaikkan udang. Sensitiviti rod meningkat seiring dengan saiz rod yang halus.

10.30am, udang dan ikan dah banyak dalam bot nie, namun tiada seekor pun yang layak dipertandingkan memandangkan saiznya yang sederhana dan kecil. Kami beralih beberapa port lagi mencari UDANG JUARA untuk diri kami.

IKLAN

Pada waktu ini tangkapan saya sahaja dah lebih 10 ekor tapi yang saiz kecil saya lepaskan kembali, nak siang pun malas kalau kecik nie. Lagipun biarlah dia besar dulu kata hati saya, agaknya dah terbiasa dengan konsep CATCH & RELEASE di KUALA ROMPIN. Tergelak Nazri dengan saya.

Jam 11.00am saya berjaya mendapat udang yang agak besar, wah boleh dipertandingkan nie kata hati saya, Nazri pun menjerit, wooo kak besar tuh.. Tapi udang nie OKU lah, sepit dia sebelah jer, sebelah lagi dah takder.. kesian dia, kita lepaslah boleh? Tergelak si Nazri degan perangai saya, kak kalau macam tuh sampai bila kita nak menang kak, hmm okeylah.. tapi kalau dapat yang besar lagi kita lepaskan yang oku nie ek… Geleng kepala Nazri dengan perangai saya.

Rakan-rakan bot lain yang kami selisih cukup tertib dan senyap memancing, bot kami jer riuh rendah tergelak, ketawa bercerita hal memancing di mana-mana. Walaupun baru kenal, rasa dah macam member lama dah. Banyak juga bot selain daripada bot yang masuk game ni, sempat sembang dengan 1 bot dari kawasan jeti lain.

Dia dah 3 hari memancing di situ, pada hari sebelumnya dia mendapat hasil tangkapan mencecah 5 kilo katanya. WOW, saya mesti usaha lagi boleh belanja anak-anak makan udang yang mama dia tangkap nanti.

Menjelang tengahari kami berlindung di bawah jambatan terlindung dari sinaran matahari, rupanya kat sini saja berbelas ekor yang naik dan saiz yang kasar-kasar rupanya. Cis kat sini rupanya ko duduk, kalau tau dari pagi aku lepak sini kata Nazri. Abang AS yang ikut memancing sejak dari pagi stay di bawah jembatan menaikkan udang yang berskala besar dan banyak pula tuh.

Bermula dari tengahari sampai menjelang jam 6 petang kami tak berganjak dari spot bawah tiang jambatan tersebut, game tamat jam 7 malam memandangkan cuaca masih terang lagi tapi rata-rata pemancing dah landing pada jam 6 petang untuk berehat dan berkenal-kenalan anatara satu sama lain.

Dalam pada waktu ini juga, proses menimbang udang di jalankan oleh urusetia. Yang membanggakan saya ialah udang OKU yang saya tangkap pagi tadi berjaya saya lepaskan, supaya dia membesar dengan sihat.

IKLAN

Jam 6.45pm, acara penyampaian hadiah dilangsungkan. Acara sempoi sahaja di tepi Jeti Pak Musa meninggalkan kenangan yang cukup bermakna. Ada rakan pemancing yang dating dari Muar, ada yang dari Temerloh dan sebagainya. Tak lupa juga nak bagi tau korang semua, saya berjaya mendapat tempat ke-7, udang terberat dengan berat 160gram.

Okey what untuk beginner udang macam saya, lepas sembang-sembang dan bersiap untuk balik, suami pun sampai dengan anak-anak. Anak-anak cukup teruja tengok hasil tangkapan mama mereka dalam lingkungan 2 Kilo, rata-rata peserta hari tersebut mendapat hasil sekitar 2 kilo setiap orang.

Pertandingan ini mendidik saya untuk mencintai sungai kita kerana hasil yang dinaikkan amat menggalak kan, mungkin pihak berkuasa tempatan boleh menaikkan lagi status Pemancingan Udang Galah di Teluk Intan supaya boleh mencapai kepesatan pemancingan seperti di Kuala Rompin yang terkenal dengan Layaran dan Udang Galah. Rakan pemancing yang cukup sporting walaupun saya seorang bunga disitu, cukup professional dan membantu saya yang BUTA memancing udang ini.

 

 

 

Fakta Event

  • Lokasi : Jeti Pak Musa, Teluk Intan Perak
  • Nama Pertandingan : EVENT JENGGO
  • Tarikh : 25 February 2018
  • Nama Penganjur : TM5P; Abang AS
  • Nama Penaja Hadiah :  a) Nasa (Rak Joran) b) Faizal (Reel) c) Pak Musa (Hamper) d) Najib Extreme (Hamper)
  • Jumlah Peserta : 28 Peserta
  • Jumlah Bot : 14 Bot
  • Jumlah Tangkapan : +/- 2 kilo seorang
  • Hadiah Pemenang : Tangkapan terberat setiap ekor Udang / Individu

(catatan: Ros Jery @ Rosmaniza Johari)

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI