Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam artikel profil jenahak, masa yang paling sesuai untuk memancing ikan jenahak ialah pada waktu malam.

Ini kerana ketika ia lebih aktif keluar untuk memburu mangsa.

Namun, pada waktu siang juga boleh untuk memancing spesies ini jika anda tahu di mana kawasan ia berehat dan bermain terutama di kawasan habitatnya.

 

Di sebelah pantai barat Semenanjung, memancing ketika air mati merupakan waktu paling sesuai disebabkan pengaruh arus yang tidak keterlaluan.

Manakala dipantai timur tidak mendatangkan masalah ketika air besar asalkan pemancing tahu bila ia galak memakan umpan.

 

Di perairan Selat Melaka contohnya, memancing jenahak sewaktu air besar terutama di sekitar laluan kapal paloh 3 kadangkala memberikan hasil yang lumayan.

Ramai pemancing menunggu waktu air besar untuk memancing di kawasan laluan kapal tersebut.

 

 

Mereka mengunakan kaedah pancingan dasar berhanyut (menotok) berumpan sotong kurita hidup atau hirisan ikan kembung dengan mengunakan batu ladung besar saiz 12 ke

atas, dan diseratkan pada dasar laut yang mempunyai kedalaman sehingga melebihi 60meter.

 

Tanpa mengunakan sauh, bot mereka yang kebiasaannya mempunyai kapasiti enjin 90 kuda ke atas dibiarkan hanyut melalui lubuk-lubuk tertentu yang mana pada ketika ini ikan

yang dipancing tidak bergerak disebabkan kelajuan arus akan meletihkan ikan tersebut sekiranya berenang mundar-mandir.

 

Umpan akan disentap apabila ia melalui kawasan ikan-ikan tersebut bertapa. Teknik memancing pada masa air besar dan laju lebih berkesan jika dibandingkan memancing

sewaktu air mati atau kecil kerana pemancing akan keletihan menarik sauh dari menarik ikan.

 

Aktiviti memancing di kawasan ini hanya dilakukan pada siang hari atas sebab-sebab keselamatan kerana ia merupakan laluan utama kapal yang melalui Selat Melaka dan yang

menuju ke arah Pelabuhan Kelang sebagai destinasi persinggahan serta kawasan yang banyak serangan lanun.

 

 

Memancing jenahak yang bersaiz kurang dari sekilogram banyak tertumpu di kawasan muara dan jeti atau jambatan yang mempunyai air yang agak dalam.

Mengunakan umpan udang hidup adalah paling efektif dan semasa air bunga pasang dan semasa air menyorong surut.

 

Jika memancing dari kawasan tebing dan muara sungai, pilih kawasan yang bertanjung dan mempunyai tunggul kayu bakau tumbang.

Jenahak juga menyambar gewang terutama jenis aksi dalam dan pertengahan air. Malah teknik micro jigging amat berpotensi untuk mendaratkan jenahak di kawasan muara ini jika tahu kawasan laluannya.

Tinggalkan Komen