Berpandukan gambar rajah yang diberikan, apakah teknik memancing yang berkait secara langsung dengan objek tersebut?

Untuk pengetahuan para pemancing yang belum mengetahui, inilah mata tiga yang dilengkapkan dengan pemberat, atau lebih dikenali dengan panggilan mata sembat atau mata tiga sembat.

 

Untuk apa kegunaan mata sembat ini? Bagi sesetengah pemancing akan menyimpan mata sembat ini di dalam kotak peralatan memancing sebagai alat pencangkuk sekiranya set

joran terjatuh ke dalam kolam, lombong, tasik, sungai atau laut akibat kesilapan dan dibawa lari oleh ikan.

 

 

Namun, tujuan asal mata tiga dan pemberat digabungkan adalah untuk kegunaan menyembat ikan. Mata sembat ini akan dipasang pada hujung tali pancing dan kemudian tanpa penggunaan umpan ia akan dilontar ke lubuk.

Sama ada membiarnya tenggelam hingga ke dasar lubuk atau untuk tempoh waktu sebelum ia jatuh ke dasar dan tersangkut pada sesuatu objek di dasar, ia akan dikarau dengan laju agar apa saja objek dalam laluan akan tersangkut.

Joran akan direntap dengan kuat bagi membolehkan mata sembat itu bergerak dengan laju. Dan apa saja objek (biasanya ikan sebagai sasaran) akan tersangkut pada mata kailnya yang tajam.

 

Walaupun aktiviti menyembat ikan atau teknik menyembat ikan ini bukanlah satu kesalahan, namun perbuatan ini amat merbahaya kepada ikan dan pengguna itu sendiri.

Bahaya kepada ikan kerana apa saja ikan tanpa mengira saiz terdedah kepada mata sembat ini. Lazimnya, ikan yang tidak dikehendaki akan dilepaskan kembali dalam keadaan

terluka. Malah ada yang menyebabkan ikan tersebut cacat atau mati selepas beberapa waktu.

 

Ia juga bahaya kepada pengguna itu sendiri atau sesiapa saja yang berada berhampiran dengan pengguna.

Mata sembat yang disembat dengan keras itu berkemungkinan tinggi akan keluar dari air dan melayang ke arah pengguna dengan kepantasan tinggi.

Lazimnya, bahagian atas badan pengguna menjadi sasaran utama mata sembat ini apabila terbabas keluar dari air.

 

Dengan bahaya dan risiko penggunaannya itu, adakah wajar ia terus diaplikasi? Atau ia satu perbuatan yang kurang ajar dan tidak wajar dilakukan?!

 

keli cacat mangsa sembat

 

Apa kata netizen?

 

“Pernah tengok orang pakai menatang ni. Memang siot punyalah lama aku cast pujuk mama haruan, boleh pulak beliau potong line main sembat… besar plak tu dapat!”

  • FAZRUL RUSLAN

 

” Teknik yang agak jahat bagi kaki pancing. Tapi kalau dah bangau tu… bolehlah dipraktikkan sambil karau tali sambil ketawa… hahahaha. Menangislah ikan yang mana kena.”

  • WAN MUNIR

 

“Benda inilah yang mengakibatkan peristiwa buruk terjadi dalam hidup saya. Tertusuk di punggung kawan… mujur dia selamat dan hidup lagi.”

  • MUHAMMAD FIRDAUS ASHARI

 

“Mata ni memang kena ada kalau pergi melawat lombong-lombong atau tasik-tasik yang penuh pokok ekor kucing. Kalau takde benda ni payah nak naik ikan boh (buat buang rumpai ekor kucing je…. buat lorong ). Hihihi.”

  • WAK JEMAN

 

“Senjata terakhir aku guna kalau ikan tak reti nak makan umpan. Last paling besar pernah aku sembat, ikan pecah periuk tengah mabuk. Ahahaha.”

  • FARIN SAMSUDIN

 

“Dulu kat pekan Bangi Lama ada satu kolam tuannya bagi guna benda ni. Orang panggil langgar tali. Tapi mesin memang sekejap jahanam.”

  • NOR ZAIHAN ABU BAKAR

 

“Kalau bangau berterbangan agak ramai, inilah ubat dia… hahaha. Tapi cara ni agak zalim untuk dipraktikkan.”

  • SHAHRIL REEL ISMAIL

 

“Cara ini hanya digunakan setelah segala macam ilmu memancing diperturunkan kat situ tapi still membangau… hahaha.”

  • MUHAMAD SHAMER

 

“Kadang-kadang je guna. Itu pun tengok tempat jugalah… kalau tempat tu banyak ikan berkumpul, masa itulah mata ini digunakan.”

JALAK LANTING

 

“Inilah cara terakhir bila tengok ikan bukan main banyak, kita mancing pakai semua jenis umpan tapi dia langsung tak layan.”

  • MOHD SHAFIZA

 

“Hahaha… killer ni admin. Tapi jangan dok kerap ajaq pakai benda ni. Nanti hari-hari asyik nak pakai dia je.”

  • QURSAINY ZAMRI

 

“Serius tak pernah tau kaedah ni… ilmu ni. Kalau boleh buatlah video sekali. Nak buat jugak… mana tau berhasil. Hehehe.”

  • JR TIMI

 

“Senjata di kala ikan yang dipancing tak mahu makan.. dok berlenggang-lenggok depan mata… terpaksalah guna talian hayat terakhir.”

  • MRBENJUT NURUL

Tinggalkan Komen