Penggunaan perut ayam sebagai umpan pancingan ikan air tawar, terutamanya di kolam pancing air tawar komersial sebenarnya sesuatu yang baru.

Malah, ia merupakan antara umpan terawal yang digunakan berikutan ikan-ikan kolam yang datangnya dari kolam ternak, turut diberikan perut ayam sebagai salah satu diet tumbesarannya.

 

Selain penggunaan di kolam pancing, umpan perut ayam khususnya yang telah diperam untuk sesuatu tempoh sehingga menerbitkan bau yang busuk, turut digunakan untuk memancing ikan baung di sungai-sungai.

Ia sememangnya umpan yang sangat mujarab bagi memburu spesies yang enak dibuat masak tempoyak ini.

 

Persoalannya di sini, adakah wajar umpan perut ayam yang berbau busuk itu turut digunakan untuk pancingan di kolam komersial?

Secara peribadi, saya bukanlah anti umpan sebegini tetapi penggunaannya di kolam-kolam memancing terutamanya apabila berlangsungnya pertandingan, benar-benar mengganggu ketenteraman.

 

Seperkara lain, umpan-umpan berbau ini bukan sekadar mencemarkan kualiti udara tetapi turut menjejaskan tahap kebersihan lokasi di mana ia dipakai.

Terutamanya apabila umpan perut yang tidak habis digunakan itu dibiarkan begitu saja di lokasi memancing.

 

Bagi pihak admin, rasanya sudah sampai masanya umpan sebegini diharam penggunaannya selari dengan pancingan gaya moden masa kini.

Itu pendapat admin, pendapat korang pula bagaimana?

 

(Apa kata netizen…)

IKLAN

 

 💡 PAK ABU

“Bagi saya… ini hanya pendapat saja. Tidak ada salahnya menggunakan organ haiwan. Nama pun pertandingan.

Jadi, mesti ada ketelusan dalam prasyarat tu sebab mereka mengeluarkn yuran pertandingan.

Sama ada menang atau kalah, mereka rela untuk menyertainya. Mengapa perlu ada halangan…!?

Cuma perlu dititikberatkan tentang kebersihan selepas penggunaannya atau selepas pertandingan.”

 

 💡 SYIDI BAIK

“Saya juga sependapat dengan admin. Tidak wajar… penggunaan organ haiwan akan menyebabkan masalah bau dan mengundang lalat… jijik tau tak jijik…!”

 

IKLAN

 💡 SHAH ZI

“Setuju min… memang tidak wajar digunakan lagi. Sampah pun malas nak buang dalam tong sampah. Ni lagi la organ haiwan yang baunya menusuk kalbu.”

 

 💡 HALIM BAHRIN

“Wajar… sebab kita dah bayar untuk memancing. Kenapa harus sekat umpan para pemancing?”

 

 💡 LAKSAMANA AWAN

“Kebanyakan kolam memancing sekarang memang dah tak dibenarkan guna umpan organ dah.

Apa lagi kalau waktu pertandingan, marshal dok perati je… ni area Klang Selangor la.. area lain tak tau la.”

 

IKLAN

 💡 RAYMOND GANYA

“Wajar… kalau di tempat aku memang lumayan hasil tangkapan. Saiz memang memuaskan… memang terkejut ketika umpan disentap.”

 

 💡 LAN RUSLAN

“Boleh jer… jangan banyak syarat kalau pancing kolam bayar. Kalau banyak syarat lama-lama pemancing berkurang… siapa rugi?”

 

 💡 MOHD NAZIM ISMAIL

“Tak wajar… boleh menyebabkan kolam ikan berbau busuk. Kalau dah kolam berbau busuk, lama-lama pemancing pun berkurang.

Yang datang pun cuma kaki-kaki umpan busuk je.”

 

 💡 JEFFREY ENGAN

“Tidak wajar dalam pertandingan. Baunya sangat busuk mengganggu pemancing lain. Bayangkan juga tidak semena-mena umpan tu terkena kat muka korang? Uwekkkk!”

 

 💡 HASRUL HASSAN

“Wajar… Kebiasaannya bab kebersihan dan bau-bauan ini akan menjadi tanggungjawab penganjur.”

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI