Bila tengok set pancing memang tabik habis. Nak pegang pun gerun bila tengok harganya. Tapi tanya pasal life jacket terus krik-krik jadinya.

Set pancing mahal-mahal boleh beli tapi life jacket murah-murah pun tak sanggup nak beli. Macam nyawa lebih murah dari set pancing je. Korang macam ni ke?

 

 ➡ SHARIFF KAMAL

“Isu ini pernah jadi bualan dalam group WA pancing dengan rakan-rakan. Ramai yang dah kena makan cilinya. Bak kata admin, set pancing mahal boleh beli, tapi life jacket untuk nyawa tak mampu beli.

Macam-macam alasan depa bagi. Tak selesa la… susah nak mancing la… kata kita ni penakut la… dan macam-macam lagi la kata-kata negatif.

Ada juga yang berfikiran positif. Selepas ada rakan yang lemas jatuh laut, ramai dah sedar akan kepentingan life jacket ni.”

 

 💡 DATO’ PANGLIMA HITAM

“Isu ni dah lama saya bangkitkan dalam grup. Pelbagai jawapan termasuk yang sinis. Walhal isu yang dibangkitkan berkaitan keselamatan.

Walau life jacket ada tempoh luput, pemeriksaan berkala. Jika nak harap life jacket yang tekong sediakan, belum tentu ianya dapat berfungsi sempurna.

Biasanya tali dah putus dan sebagainya. Macam saya sendiri mempunyai yang auto. Walau mahal sikit, tapi berbaloi.

Takde yang lebih penting dalam semua aktiviti melainkan keselamatan.”

 

 ➡ MOHAMMED RAZIF SULAIMAN

IKLAN

“Pernah check life jacket dalam bot yang dibekalkan tu? Ada sesetengahnya dah rosak dan reput. Ada jugak yang tak pakai masa dalam bot.

Kalau terjadi sesuatu masa tengah tidur ke, tengah mabuk laut ke, bila masa nak capai dan pakai?

Saya prefer beli dan guna sendiri. Jenis gabus memang tak berapa selesa. Boleh beli yang jenis inflatable.”

 

 💡 EJAN ANGLERZ SQALLOW

“Penting tu life jacket. Sehebat mana pun orang tu berenang kalau kat laut sampai bila kita boleh apungkan diri tanpa life jacket?

Tu belum campur panik lagi… banyak kes yang lemas tu bukannya tak tau berenang pun.”

 

APAI GARETH HAYLEE HEINRICH

“Kalau naik bot pancing kat sarawak, tekong ada sediakan life jacket. Tak yah nak beli. Kat tempat lain tak tau la.

IKLAN

Rasanya bot-bot pancing patut sediakan life jacket yang berkualiti.”

 

 ➡ HANAFI NAFI

“Ada sesetengah tekong sediakan jaket dan cara lainnya tong kosong jika ayaq diisi berlebihan tekong akan kosongkan dua tiga bji sebagai langkah berjaga-jaga.

Tong kosong akan jadi tempat bergantung. Tali diikat pada tong kosong supaya senang memegang. Kita jangan hairan kalau naik bot kenapa tong tak diisi ayaq dan ada tali pada tong tu.”

 

 💡 GAMBIR GASAK

“Dan juga kedudukan jaket di dalam bot selalunya disimpan dalam bekas seat bercampur barang-barang lain.

Saya rasa ada eloknya jaket dikeluarkan dahulu dan ikat simpul lucut kat siling bot sebelum bergerak ke laut.

IKLAN

Sekiranya musibah terjadi jaketlah yang paling mudah dicapai kerana dalam keadaan panik akan ambil masa untuk pakai jaket dengan betul.”

 

 ➡ MD REDZUAN WAN

“Kalau naik bot sendiri memang kami ada jaket keselamatan sendiri tapi kalau bot sewa selalunya dah disediakan.

Tapi masih ada yang bawa sendiri sebab pernah terkena sekali tekong tak ada jaket kebetulan ribut hari tu.

Tuhan saja la tahu macam mana punya kecut perut sekecutnya hanya botol mineral kosong sebagai standby jika emergency. Sebaiknya setiap pemancing ada sorang satu.”

 

 💡 AFIF AIMAN CMZ

“Bila tanya mana life jacket korang? Lepas tu dengarlah jawapan… ‘Tak payah life jacket… aku ni dah pandai berenang dah.’ ‘Tak payah life jacket. Laut ni aku dah pergi banyak kali dah.’

Sudahnya nanti kalau apa-apa berlaku siapa yang susah? Tolong ingat sikit ya yang mana otai tasik ke otai laut ke… nyawa kita ada satu je.

Perkara buruk boleh jadi bila-bila masa tak kira tempat tak kira masa.”

 

 💡 FUZAN THAHIR

“Biasa tekong sediakan life jacket, mahal kalau nak beli lepas tu bukan guna selalu. Itu pada pendapat aku la sebab memang jarang sangat turun memancing kat laut ni.”

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI