Puasa merupakan suatu ibadah amaliah dan badaniah yang mempunyai banyak keistimewaan dan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan umat Islam sejagat.

Hikmah puasa pada hakikatnya dapat membentuk mukmin yang mencapai taraf ketakwaan yang sebenarnya kepada Allah s.w.t.

 

Firman Allah s.w.t: Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

 

Menambah ketakwaan

Puasa yang berjaya meningkatkan takwa seseorang dan menumbuhkan ketahanan yang positif sama ada dari rohani dan jasmani.

Malah puasa dapat menguji kemampuan diri dan jiwa kita bagi menghadapi pelbagai kesulitan atau cabaran hidup manusia.

Pengaruh puasa yang dapat melatih manusia mencapai takwa bererti dapat menyiapkan diri untuk menerima kurniaan Allah menuju kedudukan yang tinggi di dunia dan akhirat.

IKLAN

 

Dapat Mengukuhkan Islam

 

Kesempurnaan seseorang islam adalah berdasarkan kepada ketaatan melaksanakan ibadah puasa selama sebulan dalam setiap tahun pada bulan ramadhan dan diiringi ibadah lain seperti solat, zakat dan haji.

 

Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Didirikan Islam itu atas lima sendi: mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat,

IKLAN

membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan haji ke Baitullah. (HR. Bukhari dan Muslim)

 

Allah s.w.t memerintahkan umat manusia berpuasa hanya di kalangan orang yang beriman.

Bagi setiap muslimin dan muslimat yang uzur syarie diharuskan meninggalkan puasa, kemudian digantikan pada hari-hari yang lain.

Puasa dapat mendidik seseorang berperibadi mulia serta menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak.

 

IKLAN

Menghapuskan Segala Dosa Yang Lalu

Ibadah puasa dapat mendidik rohani dan jasmani sehingga dapat membersihkan hati dan jiwa daripada segala perkara yang tidak baik dan sia-sia.

Justeru disamping itu dapat membersihkan hati dan jiwa lantaran puasa yang dikerjakan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, nescaya diampuni Allah segala dosa yang lalu.

 

Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Siapa yang puasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah akan diampuni segala dosanya yang lalu.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)

 

Bulan Ramadhan merupakan bulan latihan dan kesedaran manusia terhadap segala kesalahan dan dosa-dosa yang lalu agar diterima segala doa dan taubatnya oleh Allah s.w.t.

Jadi puasa dapat menjadi kaffarah bagi muslimin dan muslimat untuk menghapuskan segala kesalahan selagi tidak melakukan dosa besar.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI