Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Umpan pemanggil udang galah

Umpan pemanggil udang galah

 

Jenggo atau udang galah boleh dipancing dengan menggunakan umpan konvensional seperti anak udang sungai, umpun-umpun, cacing tanah, organ haiwan dan pelbagai lagi.

Namun dengan penggunaan bahan-bahan pemikat bersama umpan ini ia mampu mempercepatkan proses udang galah mengesan umpan sekali gus memakan umpan pada mata kail.

 

 💡  Bahan-bahan keperluan

 

Umpan pemanggil udang galah

Anak udang sungai

Minyak Umpan 3D Matsumoto

Serbuk pemikat udang Matsumoto

 

 💡  Cara penyediaan umpan

 

Langkah 1

IKLAN

 

Umpan pemanggil udang galah

 

➡  Masukkan umpan anak udang sungai ke dalam bekas bertutup.

 

➡  Titiskan kira-kira lima hingga sepuluh titik minyak Umpan 3D Matsumoto ke atas udang.

 

➡ Goncang sehingga udang disaluti minyak.

IKLAN

 

Langkah 2

Umpan pemanggil udang galah

 

➡  Curahkan kira-kira satu pertiga paket serbuk pemikat udang Matsumoto (bergantung kepada jumlah umpan udang sungai digunakan) ke atas udang yang telah disaluti minyak.

 

➡ Goncangkan bekas bertutup dan simpan kira-kira 15 minit sebelum digunakan dengan cara mencucuk umpan udang ini pada mata kail.

 

IKLAN

 💡  Langkah 3

 

Umpan pemanggil udang galah

 

➡  Umpan yang sedia untuk digunakan. Sebaiknya sediakan umpan ini kira-kira setengah jam sebelum memancing agar ia dapat bersebati dengan baik.

➡  Pastikan juga bekas umpan sentiasa tertutup, tidak dimasuki air dan disimpan di tempat yang tidak kena panas secara terus.

 

Umpan pemanggil udang galah
inilah hasilnya!

 

“Kalau tak best, bagitau kami… kalau best, SHARE la kat member.”

 

Baca juga…

10 umpan terbaik mancing udang

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI