Umpan Knot – Cara Menghasilkan Ikatan Eugene

Eugene knot adalah satu jenis ikatan penyambungan yang kukuh. Ia amat sesuai untuk mengikat mata kail bercincin atau swivel menggunakan perambut flourocarbon, perambut nylon yang tebal, tali tangsi atau tali sulam juga.

 

Cara menghasilkan kelihatan agak berbelit-belit tetapi sebenarnya amat cepat untuk memahami dan menghafal teknik simpulan yang dihasilkan. Dalam masa singkat pasti anda mampu menghasilkannya.

 

Step 1

Masukkan hujung tali kira-kira sejengkal lebih melalui lubang cincin.

 

Step 2

Lalukan hujung tali di bawah tali utama.

IKLAN

 

Step 3

Buatkan lingkaran dengan menindan hujung tali ke atas tali utama.

 

Step 4

Lilitkan hujung tali pada kedua-dua tali.

 

Step 5

Lilitkan sekurang-kurangnya empat lilitan.

 

Step 6

Masukkan hujung tali pada lingkaran pertama yang dihasilkan tadi.

 

Step 7

Tarik hujung tali sehingga satu ikatan terhasil.

 

Step 8

Tarik pula tali utama dan ketatkan ikatan pada cincin.

 

Step 9

Potong lebihan hujung tali dan ikatan telah siap dihasilkan.