LANGKAH 1

Gaulkan sawit dengan palet yang telah dilembutkan di dalam bekas asing. Palet ini akan digunakan sebagai inti atau untuk dicangkukkan pada mata kail.

 

 

LANGKAH 2

Masukkan dedak (sebanyak mana yang ingin digunakan) ke dalam tong atau bekas bancuhan.

 

 

LANGKAH 3

Masukkan pula serbuk umpan gam dengan mengikut kadar kekenyalan bancuhan yang diingini (umpan gam bertujuan untuk meliatkan dedak dan berfungsi seperti tepung gandum). Bancuh dahulu campuran ini.

 

 

LANGKAH 4

IKLAN

Masukkan 5-8 sudu kelapa sawit peram atau seberapa banyak yang diingini. Ketika melakukan bancuhan anda boleh menambah bahan apa yang dirasakan kurang.

 

 

LANGKAH 5

Gaul adunan dan campur sedikit dengan air sehingga adunan menjadi seperti doh. Doh adunan yang kenyal (tidak berderai) amat sesuai untuk digentel pada mata kail.

 

 

LANGKAH 6

IKLAN

Cucuk palet yang digaul dengan sawit peram pada mata kail (perambut 2 mata kail).

 

 

LANGKAH 8

Ambil doh adunan dedak dan balut pada palet serta mata kail.

 

 

LANGKAH 9

IKLAN

Dedak sawit peram yang digentel kemas pada mata kail untuk digunakan. Sebaiknya juga kawasan untuk balingan umpan dirasuah dulu dengan dedak ini.

 

 

 

Video tutorial

(VIDEO) Cara Buat Umpan Guna Sawit Busuk!!

 

buat juga umpan dedak pam

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI