Memancing gelama pisang tidaklah semudah memancing ikan gelama biasa. Saya sendiri memakan masa beberapa bulan untuk berjaya memancingnya di perairan Pelabuhan Klang ini.
Ia mengambil masa untuk mengetahui selok belok lubuk kegemaran gelama pisang di kawasan delta berpasir dan berlumpur ini.
Boleh dikatakan setiap kali air besar atau sebulan sekali saya akan turun memancing spesies gelama memanjang ini.
Berlainan dengan gelama biasa atau cerua yang boleh di pancing hampir di serata kawasan, gelama pisang hanya tertumpu di lubuk dalam teruama laluan arus keluar masuk.
Air besar menjadi pilihan kerana mudah mendapat anak udang di sungai ketika air surut. Udang kecil sesuai dengan mata kail yang digunakan.
Sukar bagi kita untuk menjinakkan ia, jika tidak kena pada laluan keluar masuk ikan ini dari laut ke sungai dan kawasan laluan yang saya memancing ia adalah kawasan air dalam melebihi 40 kaki, terutama kawasan laluan bot ke Pelabuhan Selatan.
Tapi saya mengakui masih belum mahir sepenuhnya dengan selok belok tabiat gelama pisang di sini.
Kalau setakat memancing sebagai hobi tidak mendatangkan masalah. Namun tumpuan saya agak terbatas berikutan kesibukan bot dan tongkang keluar masuk di muara sungai berhadapan lubuk tumpuan.
Maka faktor keselamatan menjadi asas utama mmancing di kawasan ini, bimbang dilanggar bot kayu atau tongkang.
Memang ramai kaki pancing tidak gemar memancing gelama kerana kebanyakan yang diperolehi adalah dari jenis yang kecil dan kurang enak isinya.
Ia juga kebiasaan dijadikan umpan hidup terutama saiz sebesar dua hingga tiga jari orang dewasa untuk memancing spesies yang lebih besar.
Umpan juga akan cepat habis dibelasah oleh spesies yang menyerang secara berkumpulan ini dan dikatakan mudah membiak.
Agak malang kadar pembiakan tidak dapat menandingi jumlah kegiatan pukat, jaring, tagang atau dengan kata lain hasil penangkapan tidak di imbangi dengan penjagaan dan pemulihan stok ikan.
Peralatan dan Teknik
Memancing gelama pisang bukan mudah jika tidak mengetahui laluan utamanya.
Gelama tidak memilih umpan selain udang, perumpun, sotong, isi ikan malah anak ketam, siput, ala-ala, kupang dan dan sebagainya pernah dijumpai didalam perutnya.
Ia adalah spesies yang makan umpan pemancing tidak kira waktu. Namun bagi saya waktu aktif ikan gelama ini ialah ketika bunga pasang sehingga pertengahan pasang.
Aksi hujung adalah paling sesuai dengan kaedah dua mata.
Jika kederasan air lemah, adalah maka lebih sesuai mengunakan pemberat kecil sekadar untuk menjatuhkan umpan kedasar supaya mudah dirasa kehadiran si gelama yang sedang mencuri umpan anda.
Kalau yang kecil gunakan mata kail udang bersaiz no.8, 9, atau 10 (kecil,halus dan tajam) supaya ia cepat melekat pada mulutnya dan paling baik umpan tidak terlalu besar kerana gemar mengutis umpan pemancing yang leka.
Pilihan kelas tangsi utama dan kekili untuk memancing gelama pisang di bawah 20 paun.
Perambut 20 hingga 40 paun amat memadai kerana ia mampu bertahan walupun di gigit sang gelama.
Tidak sporting kalau mengunakan tangsi yang kasar sebab perlawanan akan menjadi berat sebelah, jadi kita tidak akan enjoy dan merasai nikmat memancing dengan erti kata kepuasan apabila menarik ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kekili menegak (baitcaster dan multilpier) atau biasanya lebih mahal sedikit harganya berbanding kekili mendatar.
Oleh yang demikian anda haruslah menilai banyak perkara agak sepadan dengan nilai yang dibayar.
Mungkin panduan yang kami sediakan ini dapat membantu anda memilih kekili menegak yang dihajati.
Tapak kekili
Sebaiknya carilah kekili yang mana plat tapaknya bersambung secara terus dengan bingkai kekili. Boleh dikatakan hampir semua kekili masa kini ia berkeadaan sedemikian tetapi masih ada disambungkan dengan ribet atau lain-lain kaedah.
Ini kerana titik penyambungan merupakan titik terlemah. Oleh yang demikian, semakin kurang komponen berasingan maka semakin kukuhlah kekili tersebut.
Oleh kerana tekanan yang dikenakan terhadap sebarang kekili menegak adalah bergerak ke hadapan sehingga ke hujung joran, maka kekuatan tapak kekili cukup kritikal.
Inilah sebab mengapa kekili menegak saiz besar atau multiplier sering didatangi dengan sokongan alat pendakap.
Ruang celah spool
Tolenrasi antara spool atau gelendung dan body kekili seharusnya minimum. Ujian terbaik ialah dengan mengisi tali tangsi atau tali sulam ke dalam spool dan cuba selitkan tali di celahan antara spool dan plat dalaman kekili.
Tambah pula sekarang ini diameter tali semakin halus. Jadi janganlah sampai tali terselit di celahan tersebut kerana ialah bukan saja boleh menyebabkan kejadian bihun atau backlash atau lebih buruk lagi putus tali.
Pengayuh sempurna
Pegang pengayuh atau handle dan cuba gerakannya ke dalam atau keluar. Kekili yang berkualiti, tiada sebarang gerakan ke dalam, keluar atau ke belakang dan ke depan apabila sistem tegangan diketatkan.
Kekili yang murah dan kurang kualiti kerap gagal dalam ujian ini. Ia berpunca dari tolenrasi yang lemah dan toleransi yang lemah pada pengunci pengayuh atau material logam yang lemah pada shaf pengayuh.
Sistem susunan tali
Alat penyusun tali atau level wind kadangkala menimbulkan masalah dan paling cepat rosak. Pastikan anda boleh mendapat alat gantinya untuk komponen seperti palam dan shaf penyusun tali itu.
Kompenan ini selalu cepat haus, apatah kalau dimasuki pasir dan pembentukan garam. Jadi, ia perlu dibersihkan setiap kali selepas penggunaannya.
Latihan demi latihan
Sistem kawalan lontaran pada kekili jenis ini biasanya berbeza-beza. Paling asas ialah tekanan dikenakan pada shaf gelendung melalui tombol plat sisi kepada magnetik atau emparan.
Tiada siapa terutama orang baru boleh jamin lontarannya pertamanya cukup sempurna, tetapi dengan latihan demi latihan, semuanya mampu menguasainya.
Gelendung seharusnya mampu dilaras sampai ke satu tahap yang mana ia dapat berpusing bebas dengan hanya sedikit pulasan jari anda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Casting atau mengilat merupakan salah satu teknik memancing yang menyeronokkan.
Dengan mengunakan gewang atau umpan tiruan sebagai alatan utama, ia juga merupakan sukan memancing yang berisiko tingi ditimpa kemalangan jika cuai atau kurang waspada .
Terutamanya jika aktiviti casting bersama rakan menggunakan sampan atau bot kecil. Walaubagaimana pun mengilat dari tebing atau landbase casting juga perlu ada etika yang wajar dipatuhi oleh semua pengilat.
Teknik balingan
Sentiasa pastikan di mana kedudukan gewang dan selamat dari terkena rakan sebelum. membuat balingan. Terutamanya teknik overhead cast yang mana anda perlu melihat kalau-kalau ada rakan berada di belakang anda.
Impak balingan
Cuba elak daripada mengamalkan balingan secara henjutan kuat sebagaimana balingan surfcasting kerana akan menghasilkan impak yang besar jika mata tiga gewang tersebut tersangkut pada objek di belakang. Lebih parah jika ada sesiapa yang sedang lalu di belakang.
Sejengkal
Setiap kali membuat balingan, panjang perambut antara hujung cincin dan gewang sebaiknya tidak lebih dari sejengkal atau 6 inci kerana jika terlalu panjang, hayunan gewang itu akan mudah menyentap sesuatu, termasuklah juga telinga atau kepala anda sendiri.
Over limit
Elakkan juga dari melakukan aktiviti casting di atas bot atau sampan dengan kapasiti pemancing melebihi had. Jika saiz sampan sesuai untuk 3 pemancing, maka jangan lebih daripada itu.
Tenang is good
Jangan gelojoh. Gelojoh atau gopoh ketika mahu membuat balingan khususnya apa bila melihat kelibat ikan yang ingin dipancing adalah perkara yang wajib dielakkan kerana banyak insiden berlaku disebabkan olehnya.
Jaket keselamatan
Sentiasa memakai jaket keselamatan kerana banyak insiden yang tak diduga boleh berlaku ketika aktiviti casting di atas bot.
Keselamatan
Banyak kemalangan berlaku ketika menangalkan mata kail dari mulut ikan, jadi berhati -hatilah dan gunalah kelengkapan seperti tanguk, lip grip serta playar.
Keselamatan ekstra
Sebaiknya pakailah cermin mata hitam, topi dan juga sarung tangan. Ia bukanlah untuk anda kelihatan bergaya sebaliknya sebagai pelindung daripada insidem membabitkan mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...