Selalunya katak ditangkap secara tidak sengaja ketika pencandat memburu sotong mabang dan amat jarang atau sukar ditangkap ketika para pencandat memancing sotong torak.

Ini disebabkan pencandat sotong torak kerap mengunjun candat pada paras pertengahan air. Sedangkan sotong katak lebih kerap berada berhampiran dasar laut.

Oleh kerana itu sotong katak selalunya ditangkap dalam jumlah yang banyak oleh para nelayan menggunakan bubu. Saiz tangkapan selalunya saiz yang hampir sebaya.

 

Sebelum kita belajar tentang teknik menjerat sotong katak, terlebih dahulu kita perlu tahu tabiat sotong ini.

Pengetahuan tentang tabiat katak akan memudahkan proses kita menjeratnya. Sotong katak merupakan sotong yang mencari makan di bahagian dasar.

 

Jarang sekali sotong ini naik ke permukaan atas air kecuali di kawasan cetek. Sotong katak boleh dikategorikan dalam kumpulan sotong yang pemalu.

Pergerakannya untuk melarikan diri juga agak lambat berbanding sotong-sotong lain.

IKLAN

 

Sotong katak menangkap makanannya secara memeluk dan menekup. Ini kerana sotong katak tidak mempunyai dua tantakel seperti sotong lain yang memburu secara menyumpit dan memegang dengan laju.

 

Disebabkan semua tantakelnya hampir sama panjang… setiap tantakel berpotensi untuk terkena mata candat.

Selalunya candat udang akan dipeluk kemas di dalam semua tantakelnya.

 

Sotong katak biasa bertelur di celah karang dan kerap juga dijumpai pada tali-tali bubu dan unjam laut. Telurnya berangkai-rangkai dan telur yang matang berwarna lebih gelap. Sebiji telur akan menetaskan seekor anak sotong katak.

IKLAN

 

Tip & trik

 

Warna candat yang digunakan tidak kisah. Penggunaan candat hijau dan merah, saiz candat udang 2.0 dan 2.5 di kawasan pantai berjaya memikat sotong-sotong ini.

 

Candat udang perlu ditarik secara perlahan atau kejutan lembut (slow jerking).

IKLAN

 

Jangan tarik terlalu laju. Badan sotong katak lebih berat menyebabkan ia gagal mengejar candat yang ditarik laju. Kalau boleh… tarik candat secara mengheret dan berhenti-henti.

 

Lokasi memainkan candat hampir dengan dasar.

 

Agak sukar menjerat katak jika candat dimainkan di tengah atau permukaan air kecuali di kawasan cetek. Peratus tarikan di kawasan dasar adalah paling tinggi.

Adakalanya tarikan berlaku ketika candat hampir hendak dinaikkan ke atas.

 

(sumber: sotonglaut.blogspot.com)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI