Tidak kiralah apa saja teknik memancing yang hendak diaplikasi, sekiranya korang memancing dengan menggunakan sampan atau bot kecil sepanjang 10-15 kaki, sedikit sebanyak panduan perlu korang patuhi.

 

Jaket Keselamatan

Walaupun korang memang handal berenang semua style yang ada, atau padang pancing berair cetek, selesa atau tidak selesa tiada alasan untuk tidak memakai jaket keselamatan.

Biarlah orang nak cakap poyo ke apa kerana orang yang sama akan akan menyalahkan korang jugak kerana tidak memakai jaket keselamatan apabila berlaku sesuatu kemalangan.

 

Limit Peralatan

Bawa peralatan atau kelengkapan memancing yang perlu sahaja. Kalau sekadar nak casting tu tak perlulah macam nak pergi trip laut dalam berhari-hari lamanya. Had maksimum set pancing hanya dua bagi setiap pemancing.

 

Kapasiti pemancing

Pastikan kapasiti muatan (orang) sepadan dengan had limit muatan sampan. Kalau sampan muatan 2 orang tu janganlah sampai melebihi dua tiga kali ganda mengalahkan bot muatan pendatang haram.

 

IKLAN

 

Bahaya Utama

Sekiranya korang memancing dengan teknik casting, sentiasalah pantau kedudukan rakan di atas sampan sebelum membuat balingan.

Elakkan dari terburu-buru bagi mengelakkan insiden tercangkok mata kail pada kepala rakan.

 

Objek Atas Air

Walaupun sudah biasa dengan geografi sesuatu padang pancing, elakkan dari memandu bot seperti mat rempit kerana macam-macam kejadian buruk yang boleh berlaku. Sentiasalah pantau kalau-kalau terdapatnya objek dan halangan di permukaan air.

 

IKLAN

 

Navigasi

Jika memancing di lombong atau tasik yang luas, sebaiknya gunalah gps bagi mengelakkan sesat sekiranya tidak mahir dengan selok-belok lokasi. Tidak kisah apa jenis aplikasi gps yang digunakan, yang penting ia berfungsi dengan baik.

 

Petrol Mencukupi

Pastikan bekalan petrol mencukupi di dalam tangki. Sebaiknya juga juga bawa bekalan tambahan. Dan lebih penting lagi jangan sesekali tertinggal pendayung. Tiada yang lebih mendebarkan selain dari peristiwa kehabisan minyak dan pendayung pula tak ada.

 

IKLAN

 

Bahaya Dari Atas

Sekiranya perlu parkir di bawah pokok bagi mengelakkan panas atau hujan lebat, pastikan betul-betul pokok tersebut tiada binatang atau serangga berbisa. Terutamanya di kawasan muara sungai di mana ular gemar berehat di atas pokok.

 

Rai Kejayaan

Sentiasa bertenang ketika memancing dan jangan sesekali melompat kegembiraan apabila berjaya menaikkan ikan. Ia bukan saja membahayakan keselamatan, malah juga menyakitkan hati rakan yang masih kumpau.

 

baca juga 10 Panduan Ekstra Sebelum & Semasa Trip Memancing

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI