Tengalan @ Puntioplites Bulu merupakan spesies yang tergolong dalam keluarga Cyprinidae yang mampu membesar di habitat semulajadi sehingga 7kilogram berat dengan ukuran 35cm panjang.

 

Ikan yang ‘berat mulut’ untuk memakan umpan di mata kail ini mempunyai tabiat pemakanan yang amat perlahan iaitu dengan cara mematuk dan menyedut makanan

disebabkan mulutnya yang kecil serta tidak mempunyai barisan gigi yang membolehkan ia mencengkam makanan.

 

Dedak yang telah digaul perisa strawberi dan pandan yang kemudiannya dicampur palet ikan antara yang laris untuk menjeratnya.

Bebola polisterin yang kecil dicangkuk ke mata kail supaya ia terapung kerana tengalan makan secara menegak dengan mulutnya di bawah serta ekornya ke atas.

Ketika ia sedang leka menyedut umpan dedak pasti akan tersedut mata kail yang terawang-awang masuk ke mulutnya.

 

Pecutan pertama sang tengalan setelah ‘tercekik’ mata kail mampu membuatkan joran terpelanting ke dalam sungai.

IKLAN

Jangan pandang sebelah mata ikan ini dengan meletakkan joran bebas merdeka atau menyandarkannya sambil lewa.

 

Kedudukan rumah rakit yang ditempatkan di satu selekoh Sungai Tembeling ini dengan tebing berbatu hingga ke dasar merupakan lubuk kegemaran berbagai spesies termasuk tengalan yang gemar bermain di pertengahan serta dasar sungai.

 

Menurut Haji Nan harga pasaran bagi ikan yang berbadan pendek, dempak serta banyak tulang tapi manis isinya ini mencecah sehingga RM70 sekilogram.

 

IKLAN

Selain lampan sungai dan temperas yang dianggap pengacau turut terpedaya. Turut memeriahkan suasana apabila beberapa ekor kerai kunyit serta kelabau sudi menjamah umpan.

 

Teknik mata bom di sungai ini juga berjaya menjinakkan sebilangan patin lawing yang pada kebiasaannya dipancing menggunakan umpan roti dan lipas.

 

 

 

IKLAN

RUMAH RAKIT HAJI NAN:

 

Dibina pada tahun 2007

 

Untuk ke rumah rakit ini mengambil masa 45 minit hingga 1 jam dari Kuala Tahan bergantung kepada paras air serta muatan.

 

Kadar sewaan rumah rakit, RM150 seorang untuk 2H 1M dan RM220 untuk 3H 2M. Pakej termasuk penginapan serta makan dan minum. Sewaan chalet (di daratan) sehari RM15 seorang.

 

Disamping berkunjung bersama rakan pemancing, rumah rakit ini juga sesuai untuk pancingan santai bersama keluarga sambil bercuti menikmati keindahan alam semulajadi hutan hujan yang berusia 130 juta tahun.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI