Pasti ramai peminat pancingan kolam air tawar yang sering mengimpikan tarikan ikan-ikan bersaiz aboh.

Namun, tak ramai mengetahui teknik yang betul penyediaan umpan terutamanya menggunakan umpan roti untuk memikat sang patin, mekong ataupun tongsan.

 

Jadi, untuk entri DIY kali ini, kami bermurah hati untuk mengajar korang teknik memotong roti yang betul untuk memikat spesies-spesies top kolam air tawar.

 

Pada asasnya, ada 3 langkah potongan roti yang mesti diketahui oleh kaki pancing di dalam penyediaan umpan yang berasaskan roti ini.

Untuk makluman, penyediaan roti ini belum dimasukkan sebarang perisa. Kaki pancing boleh memilih sendiri pes atau perisa yang digemari untuk lebih menarik perhatian ikan.

Selamat mencuba!

 

SEGMEN 1 (Potongan roti pada tali mata atau inti)

 

Langkah 1

Satu keping roti dipotong kulitnya dan dipotong kepada 3 bahagian.

 

Langkah 2

Setiap kepingan tadi dipotong lagi kepada 3 bahagian dan hasilnya seperti ini.

 

Langkah 3

Kepingan yang terhasil ini dimasukkan ke dalam mata kail dan ditembuskan terus kepada tali mata seperti dalam gambar.

 

SEGMEN 2 – (Potongan roti yang dikepal pada mata kail)

 

Langkah 1

Satu keping roti dipotong kulitnya dan dipotong kepada 4 bahagian (supaya jadi lebih kecil).

 

Langkah 2

Setiap kepingan tadi dipotong lagi kepada 4 bahagian dan hasilnya seperti dalam gambar.

 

Langkah 3

Ambil 3 kepingan kecil ini dan 1 kepingan dicangkukkan pada mata kail dan ditembuskan pada tali.

Manakala 2 kepingan lagi dicangkukkan pada mata kail sahaja seperti dalam gambar.

 

Langkah 4

Gabungan hasil potongan roti pada langkah 1 & 2 ini kemudiannya ditekan dengan jari untuk menjadi rapat (jangan tekan terlalu kuat).

 

Langkah 5

Ia kemudiannya dikepal dengan tangan seperti ini.

 

Langkah 6

Dan hasilnya seperti ini.

 

SEGMEN 3 (Potongan roti untuk dikepal bahagian luar)

 

Langkah 1

Satu keping roti dipotong kulitnya dan dipotong kepada 5 bahagian.

 

Langkah 2

Setiap kepingan itu kemudiannya dipotong lagi kepada 5 bahagian (kepingan roti menjadi lebih kecil berbanding langkah 1 & 2).

 

Langkah 3

Kemudian ambil sebahagian kepingan ini dan letakkan pada tangan seperti dalam gambar.

 

Langkah 4

Kepalan yang terhasil pada perambut mata seperti yang dilakukan pada langkah 1 & 2 tadi kemudiannya diletakkan diatas kepingan roti yang dipotong kecil tadi.

Pastikan perambut mata berada di hujung jari seperti dalam gambar.

 

Langkah 5

Kemudian, lebihan kepingan kecil roti ditambah untuk menutupi perambut mata yang diletakkan tadi.

 

Langkah 6

Langkah terakhir, kepalkan semuanya hingga menjadi seperti ini. Siap dan boleh digunakan.

 

Tinggalkan Komen