Dalam konteks pancingan di Malaysia, pancingan ikan pari memang cukup popular terutamanya bagi peminat pancingan pantai atau surfcasting.

Bagi kaki pancing pantai, ikan pari merupakan lesen besar jika berjaya dinaikkan. Apatah lagi jika yang ditundukkan itu bersaiz mega iaitu kira-kira 20kg ke atas.

 

Antara lokasi yang cukup popular bagi kebanyakan peminat si ekor cemeti ini ialah Kuala Pahang, Pantai Chedoq, Pantai Sungai Lang, Pantai Acheh, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan lain-lain.

Jika dilihat secara geografinya, hampir kebanyakan pantai di Malaysia merupakan spot menarik dan mempunyai potensi untuk menaikkan ikan pari.

 

Tip Memancing Pari Di Pantai

baca juga Spesies sasaran surfcasting

 

Sensasi tarikan ikan pari tentulah kerana kekuatannya. Kombinasi kekuatan tarikan, berat dan bentuk badan serta keupayaan untuk memekap di dasar air cukup untuk membuatkan pemancing mengerah keringat untuk menariknya ke gigi air.

 

Bagi mengesan kehadiran pari, pemancing perlu memantau lopak-lopak yang menjadi kediaman pari ketika air laut surut.

IKLAN

Lazimnya apabila air pasang, pari akan kembali mendiami lopak tersebut dan di situlah umpan akan dilontarkan.

 

Tip Memancing Pari Di Pantai

 

Berbanding dengan pancingan pari secara bersampan, alur laluan pari akan menjadi taruhan umpan apabila tibanya musim pari.

 

Selain itu, pancingan pari juga memerlukan teknik yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila sang pari memekap di dasar.

Sesetengah pemancing akan menjentik tali atau menggerakkan tali apabila ikan memekap ke dasar.

IKLAN

Ada juga yang membiarkan dahulu atau mengendurkan tali jika ada tanda-tanda ikan memekap ke dasar.

Apabila ada pergerakan, barulah tali dikarau semula dan cuba elakkan ikan memekap kembali.

 

Tip Memancing Pari Di Pantai

 

Diet pemakanan ikan pari tertumpu kepada moluska, cecacing, krustasia, ikan, kerangan, ketam dan udang.

Ikan pari mencari mangsanya yang bersembunyi dalam pasir atau lumpur dengan membalikkan pasir menggunakan sisinya atau sirip pektoral.

 

IKLAN

Sesetengah ikan pari menjadikan arus air yang kuat sebagai sumber makanan kerana arus kuat membawa pelbagai invertebrata bersamanya.

Bagi pari pelagik, spesies ini menjadikan ikan, sotong dan juga obor-obor sebagai sumber makanannya.

 

Tip Memancing Pari Di Pantai

baca juga Cara selamat nak lepaskan kembali ikan pari?

 

Ikan pari tidak terlalu memilih umpan, bahkan kadangkala pemancing pula yang terkejut kerana tidak menyangka umpan disambar pari.

Begitu pun, antara umpan pari yang popular di kalangan pemancing pantai termasuklah ikan bebolos, gelama, udang hidup, belacak, tamban dan pelata, udang lipan serta sotong kurita.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI