Dalam skop perikanan rekreasi, ikan kanai boleh dipancing dengan tiga kaedah utama. Pertama, melalui kaedah pancingan dasar menggunakan umpan.

Namun teknik pancingan ini kurang dipraktikkan kecuali oleh segelintir nelayan sungai dengan kaedah merawai.

 

Teknik yang banyak diamalkan para pemancing masa kini ialah melontar dan menunda gewang atau casting dan lure trolling.

Dari segi keberkesanan, teknik trolling ternyata lebih efektif berbanding casting namun dari segi kepuasan, memperoleh sambaran ketika casting jauh lebih trolling.

 

Namun untuk memperoleh strike walaupun dari seekor baby kanai bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak perkara perlu dititikberat.

Antaranya ialah faktor cuaca, situasi air dan lokasi lubuk. Dikatakan juga, peratusan untuk memperoleh strike lebih tinggi berlaku di kawasan sungai utama dan anak sungai yang berair payau tersebut masih jarang dimasuki manusia.

IKLAN

 

Teknik & Info Pancingan Ikan Kanai!!

 

Begitu juga dengan pengaruh cuaca. Waktu terbaik untuk memperoleh strike ialah kawasan padang pancing tersebut tidak dituruni hujan untuk tempoh dua atau tiga hari sebelum hari kejadian.

Dengan cuaca yang baik pada hari tersebut barulah peluang untuk strike bakal menyebelahi pemancing.

 

IKLAN

Sementara faktor warna atau kejernihan air turut memainkan peranan tersendiri.

Dikatakan, warna air sungai relatif normal dalam segi kejernihan adalah terbaik kerana tembaring tidak berminat dengan air yang masih memiliki warna sama dengan kejernihan air laut dan tidak juga menyukai air yang keruh seperi air sungai yang tawar.

 

Seperkara lainnya, pasang dan surut air juga merupakan faktor yang tidak boleh diabaikan. Malah ia amat penting untuk tidak mengadakan trip casting pada keadaan air pasang besar

dan juga bukan pada air terlalu surut karena faktor ini akan mempengaruhi sifat laku ikan dan juga corak warna air.

IKLAN

Keadaan air begini juga akan mempengaruhi tindakbalas ikan samada ikan menjadi pasif atau sebaliknya.

 

Teknik & Info Pancingan Ikan Kanai!!
amalkan konsep tangkap dan lepas bagi spesies kanai

baca juga pelahap gewang sungai pergunungan berau

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI