Pes perisa merupakan salah satu bahan utama terpenting masa kini bagi menyediakan umpan memancing di kolam komersial air tawar khususnya untuk memancing ikan patin.

Pes perisa Original contohnya, merupakan pes serba guna yang boleh dicampur dengan pelbagai umpan asas lainnya.

Malah, untuk tarikan yang lebih, ia boleh dimasak dengan bahan lain untuk membangkitkan aroma dan mampu digunakan untuk tempoh yang lebih lama.

 

Bahan keperluan:

 

Perisa strawberi nangka Original

Perisa pisang Original

IKLAN

Minuman berkarbonat perisa epal

Roti sandwic

 

Cara penyediaan sos umpan:

 

➡ Masukkan 150 ml Original perisa strawberi nangka ke dalam periuk.

IKLAN

 

➡ Tambahkan kira-kira 50 ml Original perisa pisang dan kacau campuran ini hingga sekata.

➡ Campurkan pula kira-kira 50 ml minuman berkarbonat perisa epal.

➡ Kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas atau botol simpanan.

 

Cara menggunakan sos umpan:

IKLAN

 

Sos ini boleh digunakan bersama roti sandwic, roti kentang, roti bun, palet atau juga dedak.

Cara penggunaan sama sahaja dengan cara penggunaan jika menggunakan sos atau perisa lainnya.

 

 

 

Lazimnya sos atau umpan ini digunakan untuk memikat spesies patin namun ikan rohu dan tongsan turut sama menggemari aromanya.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI