Sekiranya kita biasa casting ikan siakap merah, maka peralatan yang sama boleh digunakan.

Tapi sebagai insuran, adalah lebih baik ditingkat satu paras kekuatan dan kelasakan peralatan tersebut kerana daya hentaman dan juang ikan tembaring juga jauh lebih mengatasi siakap merah.

 

Kekili

 

Sama ada kekili menegak atau mendatar, kebanyakannya sesuai untuk memancing tembaring.

Memancing tembaring tidak memerlukan kekili berkelajuan tinggi sebaliknya kekili berkelajuan rendah dan kayuhan bertenaga bagi mengimbangi kekuatan pemangsa.

Tambahan pula persembahan umpan tidak perlu digayakan dengan laju. Berdasarkan pengalaman, kekili seperti Daiwa Zillion crazy Cranker (gear ratio 4.9:1) merupakan kekili terbaik untuk dipadankan.

 

Joran

 

Joran aksi sederhana, kuasa kelas medium berkuatan 8-17lb atau 10-20lb dan panjang 5.5-6.5 kaki merupakan joran yang selesa dan selamat untuk digunakan.

 

Gewang

 

Tidak dinafikan, gewang crank atau cranbait lure merupakan gewang plug yang paling serasi dengan tembaring di perairan kita.

Walaupun ada kejadian mencatatkan gewang permukaan turut menerima sambaran namun peratusannya sangat rendah.

Pelbagai model gewang crank boleh digunakan namun sehingga kini gewang Ofmer X Deep Fire menepati saiz mangsa yang menjadi diet utama tembaring.

 

Tali Utama

 

Tiada masalah jika ingin menggunakan tali tangsi atau mono sebagai tali utama namun disarankan gunalah tali sulam berkuatan 30-40 lb.

 

Perambut / Leader

 

Tali perambut dari jenis fluorocarbon berkuatan 40-50lb sangat digalakkan penggunaannya sepadan dengan tali utama.

Leader yang keras dan tahan lasak amat penting bagi menangani kerakusan pemangsa serta geografi padang pancing.

 

Mata kail

 

Amat disarankan pilihlah mata kail (treble hook) berkuatan 4X-6X. Harus diingat daya hentaman tembaring berupaya meluruskan atau merapatkan mata kail dengan mudah. Tidak perlu memilih mata kail yang mahal harganya. Mata kail VMC 4X sudah memadai.

 

Split Ring

Split ring berkuasa tinggi atau tugas berat perlu digunakan sekiranya anda tidak mahu berputih mata atau kehilangan gewang kesayangan. Carilah split ring yang mampu menahan tekanan sehingga 80-100 lb.

Tinggalkan Komen