Dalam dunia pancingan, ikan terbol disebut dalam dua keadaan. Pertama, ikan terbol dipancing sebagai ikan sasaran dan kedua, ikan terbol digunakan sebagai umpan (lazimnya sebagai umpan hidup) untuk memancing ikan pemangsa.

Di tasik kenyir sebagai contoh, ikan terbol sebesar saiz ibu jari merupakan ikan hidup yang popular digunakan untuk memancing ikan sasaran seperti sebarau, belida dan juga baung.

 

Ikan terbol sebenarnya ialah yang mampu menghadirkan keseronokan memancing jika bertemu dengan spesimen yang kasar melebihi 20 cm.

Pecutannya agak kencang umpama pecutan ikan rohu. Tidak menghairankan ikan terbol ini turut digelar ikan turbo berikutan kuasa pecutannya.

Disebabkan ia merupakan menjadi diet utama kebanyakan ikan pemangsa maka untuk bertemu dengan spesimen yang kasar amat sukar.

 

Pancingan ikan terbol sebenarnya lebih menjurus kepada aktiviti santai pemancing remaja di kawasan perkampungan luar bandar. Ini kerana perairan yang kurang tercemar seperti

di perkampungan luar bandar ini habitat yang sesuai untuk survival ikan terbol. Walau bagaimana pun memancing ikan terbol mempunyai pelbagai teknik dan cara.

 

IKLAN

 

Bila memperkatakan tentang pancingan ikan terbol ini ia secara tidak langsung akan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak kebanyakan pemancing hari ini.

Ia antara aktiviti sampingan apabila tiada permainan yang ingin dilakukan bersama kawan lain. Peralatan pancing pun ringkas dan mudah.

Memadai dengan hanya tali tangsi atau tali benang yang digunakan untuk bermain layang-layang dan mata kail sahaja sudah boleh digunakan untuk memancing terbol.

Joran pula sekadar batang buluh Cina atau tin susu saja. Umpan pula cacing tanah yang boleh dicari di tepian sungai.

 

Jika inginkan keseronokan sebenar memancing ikan terbol dengan penggunaan joran dan kekili maka pilihan terbaik adalah set pancingan ultra ringan.

IKLAN

Kaedah memancing ikan terbol hampir sahaja dengan memancing lampam sungai atau temperas.

Namun mata kail sebaiknya yang halus atau mata kail udang saiz 2-4 amat sesuai digunakan. Selain cacing, terbol amat menyukai biji kekabu dan hirisan kelapa sawit.

 

 

Sekiranya anda biasa memancing ikan kelah, pasti anda faham bagaimana pentingnya teknik bersembunyi ketika memancing.

Begitu jugalah jika memancing terbol terutamanya jika memancingnya di sungai yang jernih airnya.

IKLAN

Ini kerana daya penglihatan ikan terbol amat baik dan tidak akan menghampiri umpan sekiranya terlihat kelibat anda.

 

Seperkara lain, untuk menarik perhatian terbol menghampiri umpan, anda haruslah kerap menabur umpan. Inilah rahsia sebenar untuk pancingan ikan apa-apa pun.

Pastikan kumpulan ikan terus kekal berada di kawasan anda melontar umpan bermata kail. Cubalah, pasti anda akan terhibur dengan pancingan ikan terbol juga enak digoreng kunyit.

 

 

baca juga (VIDEO) Mengoca Lubuk Ikan Terbol

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI