Ikan merah suman yang dikenali dengan nama umum Japanese red sempena warna merah badannya (warna merah bendera Jepun?) merupakan ikan bergred tinggi yang

tergolong dalam keluarga Lutjanidae (snapper) sama seperti ikan jenahak dan merah lainnya.

Nama saintifik bagi spesies idaman penggemar pancingan dasar laut dalam ini ialah Pinjalo pinjalo.

 

baca juga umpan terbaik ikan merah

 

 

 

Berbanding ikan merah lainnya, merah suman nyata sedikit berbeza dengan bentuk corak kepalanya yang lebih bulat.

Namun Ikan ini tinggal di kawasan lubang dan struktur karang bersama dengan ikan merah. Dikatakan Ikan ini lebih sedap berbanding ikan merah.

 

Taburan spesies Pinjalo pinjalo ini meliputi Indo-Pasifik Barat, Teluk Parsi hingga ke Teluk Papua New Guinea, utara ke Taiwan dan di perairan tropika termasuklah negara kita.

 

 

 

Spesies merah suman dewasa mendiami terumbu dan bahagian bawah batu. Mereka ditemui di kedalaman beberapa meter di terumbu karang terbuka.

Di kebanyakan kawasan, mereka ditemui di perairan yang dalam dan biasanya 15 meter sehingga kedalaman 100 meter.

Mereka memakan haiwan invertebrata benthic dan planktonik, dan mungkin ikan kecil.

 

baca juga khasiat padu siakap merah

 

 

Merah suman mampu membesar panjang sehingga 80 cm panjang namun saiz biasa yang berjaya dipancing sekitar 30 cm sahaja.

 

Sebagaimana ikan ikan merah, umpan yang biasa digunakan adalah isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, dan udang mati boleh digunakan untuk menjerat spesies ini.

 

 

Taksonomi:

  • Kingdom : Animalia
  • Phylum : Chordata
  • Class : Perciformes
  • Family : Lutjanidae
  • Genus : Pinjalo
  • Species : Pinjalo pinjalo

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan