Nama penuh: Ezry Fadrizal Ismail

Nama FB: Ezry Fadrizal Ismail

USIA: 38 Tahun

Servis: Ezry Boat Charter

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan menjadi tekong/guide?

EZRY: Saya dibesarkan di kampung dan hidup dalam suasana kampung. Semenjak kecil lagi saya selalu dibawa oleh arwah ayah untuk memancing di sawah dan juga di ladang kelapa sawit.

Selepas mendapat tawaran sebagai guru lepasan KPLI, saya di tempatkan di Sarikei, sebuah pekan kecil di Sarawak. Di situlah saya bertemu dengan ramai kaki pancing dan mula mengikuti trip memancing di sekitar perairan Mukah dan Bintulu.

Bermula dengan  berkenalan dengan penduduk tempatan saya belajar selok belok membawa bot dan kemudian membeli sebuah enjin sangkut Yamaha Endoro 15hp.

Apabila telah pindah ke Terengganu pada tahun 2013 saya mengambil keputusan untuk membeli bot yang besar dan sebuah fiber 12 kaki.

Pada asalnya adalah sekadar untuk memenuhi hobi saya untuk jigging di lautan persisir pantai Dungun dan kasting di Tasik Kenyir sehinggalah bertukar kepada tekong dan guide secara sambilan iaitu hujung minggu dan hari cuti.

 

Produk & Servis: Tekong Mantap Ezry Boat Charter

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apakah kriteria yang perlu ada untuk manjadi tekong/guide.

EZRY: Untuk menjadi tekong atau guide mestilah mempunyai beberapa ciri yang sangat penting iaitu mengetahui beberapa perkara asas berkenaan dengan penjagaan enjin sangkut.

Perkara ini penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di laut. Di samping itu, kita mesti mempunyai pengetahuan tentang apa yang akan berlaku contohnya akan berlakunya ribut dan sebagainya.

Selain itu juga kita mestilah mempunyai kekuatan fizikal dan mental contohnya sabar, tidak mudah putus asa, rajin dan pandai berkomunikasi dengan pelanggan.

Dan yang paling penting kelulusan daripada pihak yang berwajib. Alhamdulliah saya telah lulus mendapatkan lesen memandu bot daripada pihak Maritim Malaysia pada tahun 2018.

 

IKLAN

Produk & Servis: Tekong Mantap Ezry Boat Charter

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini.

EZRY: Bagi saya rintangan yang saya hadapi ialah saya tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan. Ini kerana saya hanya mampu ke laut pada waktu cuti dan hari minggu sahaja sedangkan permintaan untuk jigging sangat tinggi pada hari bekerja.

Perairan Dungun akan mula bergelora pada bulan 6 hingga 9 kerana tiupan angin Tenggara yang sangat kuat. Keadaan ini sangat berbahaya terutama sewaktu hendak masuk ke kuala.

Di samping itu pencerobohan pukat tunda yang telah menjejaskan hasil laut di Dungun.

Harapan saya semoga pihak berkuasa terus menerus mengawasi lautan kita daripada dicerobohi oleh bot pukat tunda yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

 

Produk & Servis: Tekong Mantap Ezry Boat Charter

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman manis/pahit?

EZRY: Pengalaman pahit yang saya hadapi dan ingat ke hari ini ialah seorang pemancing telah jatuh dari boat sewaktu memasuki kuala.

Gelombang Tenggara telah memukul bot saya dan telah menyebabkan seorang pemancing telah jatuh ke laut.

IKLAN

Alhamdulillah tiada ada apa-apa yang berlaku dan pemancing tersebut telah berjaya diselamatkan.

Daripada pengalaman itu telah menjadikan saya lebih berhati-hati dari segi aspek keselamatan semasa dilaut terutamanya sewaktu musim gelombang besar

Pengalaman manis pula ialah berjaya menaikkan iakan berstatus mega dengan kaedah jigging dan seekor ikan ebek bulat yang mencecah berat 13kg lebih.

Ianya menjadi kenangan kepada saya sehingga kini kerana ianya dapat dipancing di lautan persisir pantai.

 

Produk & Servis: Tekong Mantap Ezry Boat Charter

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil tangkapan pada trip anda?

EZRY: Kebanyakan yang pernah menggunakan khidmat saya mengetahui keadaan laut Dungun.

Ia merupakan pesisir pantai yang paling dalam di pantai timur yang mana boleh mencecah 75m lebih walaupun hanya berdekatan dengan pantai. Oleh sebab itu untuk bertandang ke Dungun peralatan yang sangat sesuai diperlukan.

 

Produk & Servis: Tekong Mantap Ezry Boat Charter

 

IKLAN

Servis Pakej

 

Nama bot: Ezry boat Charter

Pakej: Jigging, bottom

Saiz: 26×7 enjin Yamaha 115hp

Harga sewa: RM500-RM750

Waktu: 7.30AM – 5.30PM

Jeti: Kg. Bembam Dungun, Terengganu.

Jumlah Pemancing: 5 pemancing

 

Produk & Servis: Tekong Mantap Ezry Boat Charter

 

Pakej Nama bot: Ezry boat Charter

Pakej: Casting di Tasik Kenyir (Monsun sahaja)

Saiz: 12×4 enjin 15hp

Harga sewa: RM200-RM250

Waktu: 7.30AM – 5.30PM

Jeti: Pengkalan Gawi Tasik Kenyir

Jumlah Pemancing: 2caster

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI