Joran

Joran yang digunakan adalah dari PE 0.3 hingga ke PE 1.5. Lazimya joran jigging mikro mempunyai blank yang halus serta sensitif paada bahagian hadapan. Ia bertujuan memudahkan anda untuk menggayakan jig lebih gemalai dan semulajadi serta peka mengesan getuan ketika jig anda disentuh ikan.

 

Kekili

Kekili mendatar adalah yang paling mudah digunakan, bermula dari siri 500 hingga 2500 dengan nisbah gear ratio 6:1 dan ke atas. Disarankan juga menggunakan kekili yang kalis air masin. Kekili menegak atau baitcaster juga boleh digunakan dan sebenarnya ia lebih praktikal kerana lebih mudah mengesan jatuhan jig anda sampai ke dasar. Nisbah gear ratio juga sama seperti kekili mendatar.

 

Tali utama

Tali utama yang biasa digunakan adalah antara 6lb hingga 12lb. Tali sulam atau braided line adalah pilihan yang paling tepat kerana ia bersifat sifar regangan dan lebih kuat berbanding tali tangsi atau mono line.

Tahap sensitiviti terhadap getuan ikan yang lebih tinggi serta aksi jig akan lebih semulajadi kerana ia lebih kurang rintangan arus berbanding tali tangsi.

 

Shock Leader

Perambut kejutan atau shockleader yang biasa digunakan adalah di antara 10lb hingga 15lb. Shockleader adalah wajib disambungkan kerana tali sulam yang bersifat sifar regangan serta ia mudah terhakis. Oleh kerana itu shockleader bertindak menyerap segala regangan serta menjadi pelindung tali sulam dari terhakis ketika ikan cuba berenang ke struktur batu, kayu dan sebagainya.

IKLAN

 

Mata kail

Mata kail tunggal atau single hook dan assist hook lebih sesuai digunakan berbanding mata tiga (treble hook). Selain kadar sangkut yang rendah, tahap hook up juga lebih tinggi.

 

 

Jom join port baru di www.facebook.com/umpania101

 

Ringkasan panduan

IKLAN

 

Joran khusus yang dicipta bagi teknik ini adalah lebih disarankan kerana ia lebih sensitif dan ringan.

 

Kekili berkelajuan tinggi adalah yang lebih praktikal kerana secara teknikal anda tidak perlu mengarau kekili dengan laju. Cukup sekadar karuan sederhana jig anda sudah pun beraksi pantas dan dengan karauan santai jig anda sudah pun beraksi natural.

 

Berbanding jika anda mengunakan kekili berkelajuan rendah, anda harus mengarau reel dengan laju secara teknikal (jika perlu) bagi mendapatkan kelajuan yang anda mahukan.

 

IKLAN

 

 

Semakin halus tali utama lebih berkesan kerana secara harfiahnya akan lebih ringan dan secara tidak langsung jig anda mudah tenggelam ke dasar.

 

Ia juga sensitif mengesan getuan ikan, aksi jig lebih semulajadi. Namun setting drag pada kekili anda haruslah menepati kekuatan yang sepatutnya, jika tidak ia akan mudah putus.

 

Jig yang berpemukaan berkilat serta lebar adalah lebih baik kerana pantulan cahaya lebih mudah menembusi penglihatan ikan ketika di dalam air berbanding warna.

 

 

Jom join port baru di www.facebook.com/umpania101

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI