Cara ia melepaskan diri dengan badannya akan menggulung dan berpusing-pusing apabila kena pancing.

Ia bertujuan untuk memutuskan tali pancing dimana organ sirip yang ada di bahagian belakang ikan ini memang cukup tajam dan ikan tilan mampu melepaskan diri jika tali pancing terputus.

Ikan ini memang selalunya akan makan pancing dengan umpan cacing atau udang sehingga jauh masuk ke dalam bahagian perut dan amat sukar untuk terlepas. Bagaimana pun tali yang putus akibat tindakan ikan ini mampu melepaskannya.

 

Tidak banyak sumber yang menceritakan morfologi dan habitat mengenai ikan tilan. Ikan ini memang mendiami kawasan air tawar di sungai dan kolam yang kualiti air tidak tercemar.

Ia boleh berenang kepada umpan pancing dan memakannya. Ikan tilan hidup berasingan secara individu dan jarang berkumpulan seperti ikan jenis lain.

 

Ikan ini boleh dipancing dengan mudah menggunakan pancing dengan mata kail, umpan cacing atau udang, tali tangsi nylon halus dan joran dari batang buluh sahaja.

Boleh gunakan tali tangsi 10lb dan batu ladung buatan sendiri yang dibuat menggunakan batu jalan atau batu ladong yang dijual dikedai pancing.

 

Memancing ikan tilan tidak memerlukan skill hebat seperti memancing ikan lain. Bagaimana pun selalunya pemancing tidak dapat pastikan lubuk ikan tilan secara khusus sebaliknya hanya ‘nasib’ yang menentukan mereka dapat ikan tilan ketika memancing.

 

IKLAN

Pada penulis memancing ikan tilan ini tidaklah sesukar mana tidak seperti memancing ikan lampan jawa atau ikan haruan.

Memadai mata kail saiz no 10 atau 11, batu ladung saiz 2 atau 3 dan tali tangsi utama 15lb. Batu ladung diikat pada tali utama dan disambungkan ke perambut sepanjang 2 – 2.5 kaki.

 

Lazimnya jenis umpan yang didakwa paling efektif untuk memancing ikan tilan adalah cacing tanah. Cacing tanah merupakan sejenis umpan global di dalam arena memancing dalam air tawar sesuai juga untuk memancing ikan lain dan udang galah.

 

Memasang umpan pada mata pancing mudah dilakukan iaitu dengan mencangkuk cacing pada mata kail dengan kuat dan kemudian membalingkan kebahagian tengah sungai.

Sebaiknya dibiarkan arus air tersebut akan menghanyutkan umpan dan batu ladung tersebut sehingga kedasar atau sehingga ke tebing.

 

IKLAN

Kecekapan seseorang pemancing mencampakkan mata pancing ke lokasi tepat membolehkan ia mudah mendapat ikan. Kemudian apa yang berlaku pemancing perlu menunggu sehingga umpan diragut ikan.

Dalam banyak kes dan pengalaman pada kebiasaannya jika ada anak ikan baung di situ maka ia akan terlebih dahulu menyambar umpan tersebut.

 

Selain itu ikan seluang sering menyambar mata pancing tetapi jarang mengena kerana ikan ini aktif dan mempunyai mulut yang sangat kecil untuk menelan mata kail.

Apabila ada tanda mata pancing sudah diragut ikan maka ia ditarik keatas dan jika terkena ikan tilan maka ia sukar terlepas.

Bergantung kepada kedalaman mata kail ditelan, kalau jauh masuk kedalam perut ikan tilan maka poton sahaja tali tangsinya.

Set pancing ringan biasanya sudah cukup berat ikan tilan hanya sekitar 200-300 gram seekor atau mungkin kecil lagi. Kecekapan pemancing untuk memilih lokasi di mana ada banyak ikan tilan bukan satu perkara yang dapat dipastikan.

 

IKLAN

Ada beberapa pemancing yang mengenal pasti di mana lubuk ikan tilan berada tetapi tidak akan memberitahu kepada orang lain. Mungkin pekampungan Ikan Tilan ada di kawasan itu untuk dipancing.

 

Ikan tilan adalah jenis yang selalunya akan merentap umpan dan melarikan diri dan membelit pada reba kayu di dasar sungai.

Jadi apabila ada terasa tarikan maka strike dan perlu mengarau tali sepantas mungkin. Ini kerana jika dibiar lama juga membuatkan ikan tilan ini akan menelan umpan jauh ke dalam mulut.

 

Pemancing tegar dan nelayan sungai biasanya menyediakan banyak perambut supaya mereka boleh memutuskan mata kail yang ditelan ikan tilan dan seterusnya memasang perambut yang baru.

 

Ini adalah kerana tilan ini akan mengelupur dan cuba memuutuskan tali pancing dengan barisan duri yang terdapat sirip di atas badannya. Ikan tilan juga mempunyai sebatang duri yang agak panjang di bawah perutnya untuk putuskan tali pancing.

 

Ikan ini walaupun tidak berbisa seperti ikan keli, sembilang atau duri tetapi cukup membuat kita tidak selesa untuk memancing lagi selepas itu.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI