Lazimnya para tekong berpengalaman akan dapat mengesan kejadian ribut di tengah laut yang bakal berlaku.

Lazimnya juga mereka akan mencari lokasi selamat untuk berlindung seperti daratan atau pulau yang berhampiran.

 

Namun, sekiranya tidak sempat untuk berlindung dan terpaksa berhadapan dengan ribut, beberapa panduan keselamatan ini haruslah dilakukan sendiri oleh para pemancing.

 

Panduan 1

 

Kemaskan kesemua peralatan pancing dan simpan di tempat yang selamat. Ia perlulah dilakukan sebelum datangnya ribut. Bukannya ketika ribut sedang berlangsung.

Nyawa anda lebih berharga berbanding barangan pancing walaupun bernilai tinggi.

 

Panduan 2

Sarungkan jaket keselamatan dengan sempurna. Jangan sekadar menyarungkannya tanpa mengetatkan sebarang ikatan yang ada.

Pastikan juga jaket keselamatan itu masih dalam keadaan baik dan mampu mengapungkan diri anda sekiranya kemalangan berlaku.

 

Panduan 3

 

Berkumpul dengan kesemua pemancing di satu tempat yang paling stabil seperti di ruang tengah bot.

Berkumpullah dengan tenang dan jangan pamerkan emosi yang boleh membuatkan rakan lain menjadi cemas dan panik.

 

 

Panduan 4

Jika tidak mampu duduk dengan stabil maka sebaiknya baring di lantai bot. Selain dapat mengurangkan rasa mabuk ia turut mampu menstabilkan pergerakkan bot.

 

Panduan 5

Patuh pada segala arahan dari tekong dan jangan pula pertikaikan apa yang dilakukan oleh tekong.

Sentiasalah ingat bahawa tekong lebih berpengalaman berhadapan dengan ribut berbanding diri kita jangan hanya sesekali turun ke laut.

Mungkin tindakan tekong nampak pelik pada tanggapan kita tetapi mereka tahu apa yang mereka lakukan.

 

Panduan 6

Bersedialah untuk menghulurkan bantuan apabila diminta oleh tekong. Contohnya seperti menimba keluar air yang masuk ke dalam bot.

Dalam pada masa yang sama awasi pergerakan anda dan jangan berada terlalu rapat dengan tepian bot.

 

Panduan 7

Ribut yang kuat lazimnya berlaku dalam masa yang singkat. Jadi, cubalah untuk bersabar dan bertenang untuk tempoh tersebut.

Lazimnya juga, apabila ribut kembali reda hasil pancingan juga akan bertambah baik.

 

Tinggalkan Komen