Anda perlu menggunakan mata kail yang kuat bersaiz 1/0 hingga 6. Saya gemar menggunakan mata kail berparuh yang bertangkai pendek jenama Daichii (kelabu) dan Mustad Saltwater (hitam) kerana keloknya ditempa dengan baik sehingga dapat memberi kekuatan yang padu. Walaupun tersangkut, ia tidak akan lurus sebelum tali putus.
Mata kail diikat kepada perambut sepanjang 18 inci. Perambut yang panjang diperlukan bagi memastikan umpan tidak ditutupi oleh daun daun mati di dasar sungai.
Taktik & Teknik
Anda perlu memastikan semua struktur ikatan terbentuk dengan baik tanpa sebarang kecacatan yang berupaya melemahkan tali.
Sekiranya tali yang keluar daripada ikatan tersebut kelihatan kusut, bermakna ikatan tadi tidak berapa baik.
Ikat semula. Ingat, perkara sekecil ini boleh menyebabkan kegagalan dan penyesalan ketika memancing kelah.
Kaedah memancing secara dasar dengan menggunakan batu ladung nombor 3 – 6 yang bebas bergerak merupakan pilihan terbaik kili digunakan antara perambut dan tali utama.
Sebagai tambahan, saya sering meletakkan manik plastik lembut antara tali utama dan cili bagi melindungi ikatan.
Terdapat juga sungai yang dipenuhi dengan batu dan kayu yang boleh menyebabkan tali perambut sering tersangkut setiap kali lontaran. Di sini, kita perlu mengubah taktik.
Jangan gunakan kili atau batu ladung bebas sebaliknya gunakan kepingan timah sepanjang 2 inci dan setebal 1/2 inci.
Lilitkan kepingan timah kepada tali utama dan ketatkan kedua-dua hujungnya menggunakan playar atau gigi anda.
Pelik bukan tetapi teknik ini memang berhasil. Apabila anda melontar biarkan ia tersangkut antara batu. Biarkan.
Apabila hendak mengarau tali, keluarkan tali sepanjang 30 meter dan biarkan air yang membawanya dan arahkan joran ke arah yang sama kemudian rembat joran ke atas melepasi kepala dan belakang anda.
Paksaan akan berlaku dari arah hilir yang kemudiannya akan membebaskan tali tersebut. Kemudian karaulah tali sekuat hati sebelum ia tersangkut lagi.
Kalau masih tersangkut, cuba tarik tali dengan tangan bukannya dengan joran. Batu ladung ini akan menjadi longgar lalu membebaskan tali.
Jika tak berjaya juga, memang tiada pihhan lain kecuali tarik saja sampai putus, jadi anda cuma kehilangan mata kail dan batu ladung buatan sendiri.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dalam konteks pancingan di Malaysia, pancingan ikan pari memang cukup popular terutamanya bagi peminat pancingan pantai atau surfcasting.
Bagi kaki pancing pantai, ikan pari merupakan lesen besar jika berjaya dinaikkan. Apatah lagi jika yang ditundukkan itu bersaiz mega iaitu kira-kira 20kg ke atas.
Antara lokasi yang cukup popular bagi kebanyakan peminat si ekor cemeti ini ialah Kuala Pahang, Pantai Chedoq, Pantai Sungai Lang, Pantai Acheh, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Puteri, Pengkalan Balak dan lain-lain.
Jika dilihat secara geografinya, hampir kebanyakan pantai di Malaysia merupakan spot menarik dan mempunyai potensi untuk menaikkan ikan pari.
Sensasi tarikan ikan pari tentulah kerana kekuatannya. Kombinasi kekuatan tarikan, berat dan bentuk badan serta keupayaan untuk memekap di dasar air cukup untuk membuatkan pemancing mengerah keringat untuk menariknya ke gigi air.
Bagi mengesan kehadiran pari, pemancing perlu memantau lopak-lopak yang menjadi kediaman pari ketika air laut surut.
Lazimnya apabila air pasang, pari akan kembali mendiami lopak tersebut dan di situlah umpan akan dilontarkan.
Berbanding dengan pancingan pari secara bersampan, alur laluan pari akan menjadi taruhan umpan apabila tibanya musim pari.
Selain itu, pancingan pari juga memerlukan teknik yang tersendiri lebih-lebih lagi apabila sang pari memekap di dasar.
Sesetengah pemancing akan menjentik tali atau menggerakkan tali apabila ikan memekap ke dasar.
Ada juga yang membiarkan dahulu atau mengendurkan tali jika ada tanda-tanda ikan memekap ke dasar.
Apabila ada pergerakan, barulah tali dikarau semula dan cuba elakkan ikan memekap kembali.
Diet pemakanan ikan pari tertumpu kepada moluska, cecacing, krustasia, ikan, kerangan, ketam dan udang.
Ikan pari mencari mangsanya yang bersembunyi dalam pasir atau lumpur dengan membalikkan pasir menggunakan sisinya atau sirip pektoral.
Sesetengah ikan pari menjadikan arus air yang kuat sebagai sumber makanan kerana arus kuat membawa pelbagai invertebrata bersamanya.
Bagi pari pelagik, spesies ini menjadikan ikan, sotong dan juga obor-obor sebagai sumber makanannya.
Ikan pari tidak terlalu memilih umpan, bahkan kadangkala pemancing pula yang terkejut kerana tidak menyangka umpan disambar pari.
Begitu pun, antara umpan pari yang popular di kalangan pemancing pantai termasuklah ikan bebolos, gelama, udang hidup, belacak, tamban dan pelata, udang lipan serta sotong kurita.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jaket keselamatan merupakan peralatan keselamatan yang paling penting ketika kita berada dalam air mahupun ketika melakukan aktiviti air. Untuk mengelakkan risiko berlakunya perkara yang tidak diingini, maka penggunaan jaket keselamatan wajar diwajibkan!
Jaket keselamatan merupakan salah satu daripada bahan bantuan apungan atau disebut PFD (personal floatation devices). PFD ini terbahagi kepada beberapa kategori antaranya jaket keselamatan (life jacket), buoyancy AID (BA) dan pelampung (ring rescue).
Namun apa yang ingin difokuskan di sini ialah jaket keselamatan dan BA kerana ia amat penting kepada pemancing dan sentiasa melekat pada badan pemancing berbanding pelampung. Kedua-dua peralatan ini mempunyai fungsi yang sama.
Namun, secara penggunaan dan prestasinya adalah berbeza. Oleh itu sebagai pemancing perlu bijak memilih PFD ini sebelum keluar melakukan aktiviti air.
BA berbentuk seperti vest dan dilengkapi tali pinggang. BA kebiasaannya dihasilkan getah kalis air yang lembut. Ia akan membuatkan kita terapung secara menegak ketika berada dalam air. Perlu diberi perhatian, BA ini hanya boleh bertahan dalam jangka masa yang pendek mengikut kualiti buatannya seperti 48, 24, 12 jam atau kurang daripada itu.
Apabila foam telah dipenuhi air, ia tidak lagi bertindak sebagai bahan apungan dan akan terus tenggelam. Sebab itulah BA hanya sesuai untuk aktiiti air yang tidak melibatkan masa yang lama.
Life jacket pula membantu kita mengapungkan diri dalam jangka masa yang lama seperti terapung akibat kapal tenggelam, jatuh kapal terbang dan sebagainya. Bahan gas perlu diisi semula selepas digunakan dengan kos tertentu.
Jangka hayat ketahanan gas pula bergantung kepada saiz orang yang memakainya. Kebiasaannya ia akan berfungsi apabila berlaku hentakan atau tekanan yang kuat contohnya akibat terjatuh ke dalam air dan ia akan mengembang secara automatik.
Terdapat yang sejenis lagi hanya akan mengembang apabila ia dimasukkan angin melalui tiupan atau tarikan pada tali yang disediakan.
Oleh itu, jangan sesekali mengambil mudah apabila anda turun memancing atau melakukan aktiviti air. Pastikan bot yang dinaiki mempunyai kemudahan PFD ini atau paling kita bawalah sendiri.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...