Sesiapa yang pernah berkunjung ke Sungai Tembeling, sungai yang merentangi garis sempadan dengan Taman Negara, Pahang, khususnya menaiki bot menyusuri sungai

tersebut dan memancing di tebingnya, pastinya geram melihat kelibat sang ikan bermain di permukaan sungai.

 

Tahukah anda, kelibat ikan tersebut adalah patin lawang atau disebut juara (Pangasius polyuranodon).

Walaupun ia bukan patin bernilai tinggi seperti saudaranya buah, emas dan muncung, tetapi ia tetap menjadi pilihan penggemar masakan ikan patin dan menu berkenaan boleh didapati di kebanyakan restoran terapung di jeti Taman Negara.

 

Trip Retro – Menghanyut Botol Memancing Patin Lawang

 

Walaupun tidak boleh dibandingkan rasa dan tekstur isinya berbanding saudaranya, buah, emas dan muncung, patin lawang pula dikatakan jauh lebih sedap berbanding patin sangkar atau kolam.

 

Memang ada benarnya, kerana patin lawang mendiami persekitaran sungai semulajadi dan sudah terbiasa dengan diet pemakanan di tempat semulajadi.

 

Kunjungan asal saya ke Taman Negara, cuba untuk memancing kelah dengan persiapan diatur sebaik mungkin.

Tetapi disebabkan kekangan tertentu, hasrat tersebut terpaksa ditangguh. Lain yang dicari lain yang dapat.

Sebarau hasil casting juga, tidaklah banyak dan bersaiz ‘hensem’ untuk bergambar.

 

Lantas guide merangkap tekong bot, Nizam Gajah dan Asri mengajak mengikut mereka bagaimana mudahnya memancing ikan patin lawang.

Tanpa berlengah, saya dan rakan yang lain, Alif, Nizam dan Wahida menyatakan kata setuju.

Selepas makan tengah hari, Nizam dan Asri mula menyiapkan kelengkapan. Ooo…rupa-rupanya memancing kaedah menghanyut botol.

 

Trip Retro – Menghanyut Botol Memancing Patin Lawang

 

 

Selepas siap kami bergerak menuju ke lokasi atas Lubuk Katak, iaitu tidak jauh dari Kampung Pagi. Nizam berkata, tali perlu diikat kemas pada mulut botol.

IKLAN

Kepingan roti dipotong bentuk kiub dan bila sudah selesai botol-botol ini akan dicampakkan ke dalam air. Nampak mudah, tapi kena rajin mengulangi langkah ini.

 

“Untuk lebih cepat dapatkan patin lawang, botol seharusnya dicampak pada bahagian atas kawasan yang dikenalpasti dan biarkan botol berkenaan melewati kawasan tersebut.

 

“Biasanya dalam 10 buah botol yang kita lemparkan, 2 atau tiga mesti kena. Proses ini dilakukan berulang kali dan perlu bertukar lubuk sekiranya, ikan sudah tidak mahu makan umpan,” katanya.

 

Trip Retro – Menghanyut Botol Memancing Patin Lawang

 

Ujar Asri pula, adakalanya umpan cepat habis sebelum sempat ia melalui kawasan yang dikenal pasti, patin lawang banyak bermain di permukaan air.

Ini kerana jika menggunakan umpan roti, ia sememangnya cepat habis digetu ikan seluang atau anak-anak ikan dan mudah tertanggal dari mata kail.

 

Selain roti, umpan terbaik dan lebih cepat patin lawang terkena mata kail adalah lipas rumah hidup.

Ini kerana berbau tengik dan tidak mudah digetu ikan kecil. Tetapi betapa susahnya untuk mencari lipas hidup, guna roti lagi mudah.

 

Walaupun mensasarkan ikan patin lawang sebagai ikan target, adakalanya dengan kaedah menghanyut ini, rezeki lain boleh diperoleh.

Kadang-kadang boleh terkena patin liar atau ikan lain seperti lampam sungai bersaiz besar.

IKLAN

 

Trip Retro – Menghanyut Botol Memancing Patin Lawang

Selesai mencampakkan botol berkenaan, mata pula perlu sentiasa peka memerhatikan botol tersebut dan bot perlu berada di kedudukan jauh dari botol yang hanyut.

Tetapi penting  untuk tidak menghanyutkan botol di kawasan jeram kerana, sukar dan merbahaya kepada bot untuk mengambilnya semula.

 

Setelah memeriksa sama ada terkena ikan atau tidak botol akan dikumpulkan semula botol, diletakkan umpan dan bot perlu mudik semula ke hulu dan melakukan proses yang

sama berulang kali sehinggalah beredar ke lokasi yang lain Jelas Nizam lagi, selain lokasi faktor juga perlu diambil kira, seperti menghanyut botol memang tidak sesuai dilakukan pada musim air besar, kerana arus laju dan air terlalu keruh.

 

Air yang paling sesuai adalah seperti keruh ‘bulu kera’ dan waktu yang sesuai pula adalah pada pagi dan petang. Menariknya, memang teknik menghanyut pelampung ni menjadi!

Asri dan Nizam berhasil menaikkan beberapa ekor patin lawang berbeza saiz dalam tempoh 2 jam sahaja.

 

Itu belum kira yang terlepas akibat sedikit lewat mengangkat botol berkenaan, menyebabkan ikan terlepas. Bagi pemancing di luar sana, mungkin kaedah ini boleh diaplikasikan ditempat masing-masing.

 

Trip Retro – Menghanyut Botol Memancing Patin Lawang

 

IKLAN

Zon larangan

 

Sepanjang menyusuri Sungai Tembeling dari jeti Taman Negara, saya tertarik dengan pengenalan zon di sungai ini.

Pengenalan dan pemisahan zon ini, ditanda dengan boya-boya berwarna memancing dan menjala sahaja dengan syarat temoleh (Probarbus jullieni) yang diperolehi mestilah dilepaskan semula hidup-hidup.

 

Zon Merah pula bermula dari Jeram Panjang meliputi Lubuk Lenting, Lubuk Terenggan, Lubuk Gambir sehingga Lubuk Katak.

Ia zon larangan semua aktiviti seperti memancing, pukat, rawai dan segala jenis kaedah menangkap ikan.

 

Zon Hijau pula dari Lubuk Katak ke atas hingga ke Kuala Keniam. Zon ini membenarkan memancing, jala, menjaring dan galakkan pemancing melepaskan semula temoleh yang diperolehi.

 

Rentangan jaring atau pukat menyebabkan kepupusan ikan ini secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Atas kesedaran itulah, sebahagian hulu Sungai Tembeling sepanjang 23 kilometer dirizabkan sebagai zon larangan oleh pihak Jabatan Perikanan Negeri Pahang.

 

Manakala tugasan pemantauan, seorang masyarakat di sini Azran Abd Sani, telah dilantik sebagai renjer sungai, sekaligus memantau perlaksanaan program Rakan Temoleh di Sungai Tembeling.

 

Meskipun zon larangan ini diwujudkan khusus menyelamatkan temoleh, secara tidak langsung penguatkuasaan ini telah menyebabkan spesies ‘rare’ lain turut dilindungi,

terutama patin liar (Pangasius), kerai kunyit (Hyrsibarbus sp.), tenggalan (Puntius bulu), tapah (Wallago spp.) dan pelbagai lagi spesies berharga Sungai Tembeling.

 

Perbezaan ketara patin lawang dengan patin biasa adalah, matanya yang besar dan menonjol. Spesies ini tidak boleh membesar seperti saudaranya. Maksimum beratnya hanyalah bawah 2kg.

 

Patin lazimnya hidup di lubuk air deras dan kawasan yang terdapat banyak rumpai air atau lumut sebagai sumber makanan.

Selain nama Temoleh, spesies kap terbesar ini turut sebut temelian, ikan ini akan mudik ke kawasan hulu mencari lubuk-lubuk yang dalam untuk menghempas telur.

 

Pada zaman dahulu, penduduk sekitar Sungai Pahang akan menunggu saat ini dengan memasang jaring untuk menangkapnya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI