SOALAN:

Apakah perbezaan jika menggunakan perambut biasa dengan perambut flourocarbon?

baca juga persoalan air dan cuaca terhadap memancing

 

JAWAPAN:

Susah juga untuk menjawab persoalan ini kerana tidak dijelaskan bentuk perbezaan apakah yang diinginkan.

 

Oleh yang demikian, saya jawab berdasarkan apa yang saya faham. Pada hemat saya, perambut yang dimaksudkan di sini ialah leader yang disambung bagi menghubungkan tali utama (tali sulam atau braided) dan bukannya perambut yang mengikat mata kail.

 

Ini kerana leader itu sendiri ada pelbagai jenis iaitu monofilament leader (perambut biasa), shock leader (perambut kejutan) dan floroucarbon leader.

IKLAN

Selain material yang berbeza, kegunaannya juga berbeza-beza.

 

Terlebih dahulu kita perlu tahu apa kegunaan atau fungsi perambut tersebut. Penggunaan perambut atau leader bertujuan untuk menyerap regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam.

 

Tanpa perambut ia akan memberi tekanan kuat pada mata kail, kekili dan joran yang boleh mengakibatkan kemusnahan.

Sama ada mata kail akan melurus atau patah, joran akan patah atau gear kekili akan rosak.

 

IKLAN

Material perambut pula lazimnya terbahagi kepada beberapa kategori sama ada nylon atau polymer sepenuhnya, campuran nylon dan floroucarbon atau dan flourocarbon sepenuhnya.

 

Berikutan bahan yang berbeza tentu saja sifat dan fungsinya juga berbeza. Paling ketara perbezaannya ialah perambut tangsi ini lembut dan fluorocarbon pula keras.

 

Kesan di dalam air pula, perambut tangsi yang didatangkan dengan pelbagai warna termasuklah berwarna jernih bersifat tampak manakala fluorocarbon pula lebih bersifat halimunan.

 

IKLAN

Dari aspek aksi pula perambut tangsi lebih berbuai di dalam manakala flurocarbon lebih bersifat pegun.

Dan dari segi ketahanan pula, fluorocarbon ternyata lebih lasak menahan geseran dan tidak mudah kerinting atau hilang sifat regangan.

Diharap penjelasan ini menepati soalan anda.

baca juga saiz leader untuk ultralight

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI