SOALAN:

Saya bercadang untuk menyertai pertandingan memancing pantai. Boleh tak admin beri apa-apa tip untuk menaikkan ikan terberat dan apa umpan yang paling sesuai untuk digunakan?

baca juga kekili terbaik untuk surfcasting

 

JAWAPAN:

 

Sebenarnya bukan mudah untuk memenangi sesuatu pertandingan memancing terutamanya pancingan pantai. Walaupun berpengalaman sekali pun belum tentu dapat mendaratkan spesies podium, apatah lagi jika kurang berpengalaman.

IKLAN

 

Memancing di pantai perlu mengambil kira banyak aspek seperti kawasan paloh atau parit, kawasan terdapat batu atau reba, di kawasan untuk memancing.

Kalau saya memancing di pantai saya selalu akan ke tempat itu semasa air surut untuk mencari tempat yang ikan mungkin berada semasa pasang nanti.

 

IKLAN

Umpan pula bergantung pada ikan yang diburu, untuk umpan universal atau antara bangsa kita boleh pakai umpun, udang, hirisan isi ikan dan sotong.

Tapi sekiranya kita nak pancing ikan duri atau ikan bersungut cuba pakai isi kerang atau umpan yang berbau sikit. Kalau bercadang nak tarik ikan pari bolehlah cuba guna isi ikan belacak.

 

Satu lagi yang penting apabila memancing di pantai adalah penggunaan batu ladung yang dibuat khusus untuk pancing pantai atau berbentuk empat segi atau 3 segi supaya batu ladung tersebut tidak bergolek di pukul ombak.

IKLAN

 

Janganlah sampai menjadi kecoh satu pertandingan hanya kerana batu ladung yang anda gunakan bergolek sehingga ke pantai.

baca juga spesies sasaran surfcasting

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI