SOALAN:

 

Hai admin… apa khabar? Saya dan team saya baru masih baru dalam hobi memancing dan kami ada memancing ke Pulau Jarak (trip pancingan bottom). Kami menggunakan tanduk besi. Hasilnya agak kurang.

Bila balik, rakan lain ada beritahu, jangan guna tanduk besi/tembaga… sepatutnya guna tanduk plastik kerana besi berkilat di dalam air. Tapi saya musykil, kerana rakan yang mengesyorkan guna tanduk besi kerap pulang dengan hasil lumayan.

 

IKLAN

JAWAPAN:

 

Kenyataan seumpama itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia memancing ini. Kenyataan yang dibuat tanpa sebarang fakta sebaiknya diabaikan saja kerana sedikit ia akan mempengaruhi pemikiran setiap pemancing terutamanya pemancing yang masih baru dalam hobi ini.

 

IKLAN

Apa yang perlu anda faham adalah fungsi utama kegunaan tanduk tersebut. Tanduk atau Spreader bertujuan untuk mengelakkan tali perambut berbelit dengan tali utama apabila ia diturunkan ke dasar laut.

 

Saya sama sekali tidak boleh terima hakikat bahawa warna tanduk tersebut boleh mempengaruhi tangkapan ikan anda. Malah sifat berkilat tanduk besi yang dinyatakan itu agak bercanggah.

Sedangkan gewang, spoon atau jig direka khas bagi menghasilkan kilatan untuk menarik perhatian ikan, bukan untuk menjauhkannya.

IKLAN

 

Seperkara lain yang perlu anda fikir, pada asasnya umpan yang dicangkukkan pada mata kail tidak diikat terus pada tanduk. Ada ke orang ikat mata kail pada tanduk? Jika ada mungkin logik juga ikan tak ambil umpan sebab pengaruh dari tanduk tersebut.

 

Saya telah lama menggunakan tanduk dari beberapa jenis dan warna dan saya tidak pernah mempunyai masalah ini. Saya rasa perambut saudara mungkin tak cukup panjang. Saya syorkan saudara ikat perambut sepanjang sekurang kurangnya 1.5 meter.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI