SOALAN:

 

Apakah perbezaan jika menggunakan perambut biasa dengan perambut flourocarbon?

 

JAWAPAN:

 

Jika hendak dinyatakan perbezaan antara perambut biasa (tak pasti perambut jenis dan material apa perambut yang dimaksudkan tetapi admin anggap ialah monofilament nylon) dengan perambut flourocarbon, rasanya umum dan meluas.

IKLAN

Terlalu banyak aspek yang boleh diperkatakan berkenaan dua jenis perambut ini.

 

Secara ringkas, umunya penggunaan perambut atau leader bertujuan untuk memberikan regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam atau braided kerana leader bersifat stretch (meregang).

Namun tidak bermakna perambut tidak perlu digunakan sekiranya tali utama yang digunakan adalah dari jenis tali tangsi.

IKLAN

Ini kerana fungsi perambut bukanlah sekadar untuk memberikan regangan sahaja.

 

Bagi penggunaan leader dari jenis flourocarbon pula, kelebihan tali jenis ini ialah keupayaan invisibilitinya ketika di dalam air lantas mengurangkan kenampakan tali di dalam air.

Ini terjadi kerana material fluorocarbon adalah dari kristal yang bersifat telus pandang.

IKLAN

Kelebihannya membolehkan peratusan ikan mengambil umpan adalah lebih tinggi.

 

Dari aspek lain pula sifat fluorocarbon adalah lebih keras berbanding nylon. Oleh yang demikian lebih tahan lasak dan tidak mudah luka atau putus apabila bergesel dengan struktur pepejal yang tajam di dalam air.

Malah fluorocarbon juga tidak mudah kerinting atau berpintal sebagaimana tali nylon.

 

Walaupun ada juga kelebihan tali nylon berbanding fluorocarbon namun dalam banyak aspek ia nyata mengatasi nylon terutamanya pada harganya. Tali flourocarbon ini agak mahal berbanding tali mono biasa.

Sekiranya tidak mampu, gunakanlah perambut biasa tetapi ia amat penting sewaktu memancing spesies yang lebih sensitif.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI