Ada dua jenis terubuk di Sarawak iaitu terubuk laut atau Tenualosa macrura yang boleh dikenali dengan fizikalnya bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk.

Terubuk sungai Tenualosa toli mempunyai muncung atau mulut lebih besar dan panjang yang juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini.

 

Terubuk sungai lazimnya bersaiz pendek, gemuk, mempunyai ekor yang pendek dan harganya lebih mahal daripada terubuk laut. Kebanyakan terubuk yang dijual di beberapa pasar basah di Sarawak khususnya di Pasar Satok merupakan terubuk import atau terubuk laut.

 

Terubuk masin tempatan atau lebih dikenali sebagai terubuk masin local di kalangan pembeli pula dijual pada harga RM18 seekor berbanding RM8 seekor untuk saiz sama bagi ikan terubuk import. Ramai yang mungkin tidak sedar kebanyakan ikan terubuk masin yang dijual di kawasan Pasar Satok di Kuching itu diimport dari India dan Myanmar.

 

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Cara memproses terubuk masin cukup mudah dengan mengeluarkan ikan terubuk beku dari kotak dan terus merendam dalam air kira-kira dua minit, sebelum disiang dan dibersihkan. Bagi yang bertelur, telur akan dikeluarkan untuk dijual secara berasingan.

 

Selepas itu, ikan terubuk yang sudah dibersihkan akan diletakkan garam yang diimport dari Thailand, sebelum terus dipamer untuk dijual. Bagi telur terubuk import ia dijual dengan harga antara RM100 hingga RM200 sekilogram, berbanding telur terubuk tempatan dari Sarawak yang dijual dengan harga RM300 sekilogram.

IKLAN

 

Sepanjang Ramadan seperti sekarang, terubuk bakar atau terubuk panggang yang cukup popular di kebanyakan bazar Ramadan di Sarawak juga sebenarnya terdiri daripada terubuk yang dibawa dari Myanmar dan India, bukannya terubuk Sarawak.

Ini kerana pembeli biasanya hanya sanggup membayar antara RM10 ke RM20 untuk seekor terubuk panggang di bazar Ramadan, sedang kos untuk mendapatkan terubuk tempatan terlalu mahal dan lebih daripada itu.

 

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Rahsianya ialah cara memproses ikan itu supaya rasanya sesedap terubuk tempatan. Jika kena ramuan dan caranya seperti untuk panggang kita letakkan garam, kunyit, serai dan minyak serta cara membakarnya juga perlu betul, rasanya pasti seenak terubuk tempatan.

 

Terubuk tempatan banyak perbezaannya dengan terubuk import, terutama muncungnya yang panjang dan besar, manakala badannya kecil dan pendek.

 

Kalau nak bezakan ikan terubuk masin Sarawak dengan import, tengok sisik dulu. Sisik terubuk Sarawak hidup dan boleh dibuka walaupun sudah diproses menjadi ikan masin, berbanding sisik terubuk import yang mati dan keras.

Mulut ikan terubuk Sarawak juga lebih besar berbanding terubuk import dan apa yang lebih penting rasa terubuk Sarawak jauh lebih lemak dan manis berbanding import.

 

Saiz kepala, bentuk badan bezakan spesies terubuk perbezaan antara terubuk Sarawak dengan terubuk import ialah terubuk tempatan berkepala besar tetapi pendek manakala ikan import berkepala bulat dan panjang. Keistimewaan terubuk Sarawak lebih berlemak dan telurnya lebih besar.

 

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101

 

Perbezaan juga dapat dilihat daripada segi kesegaran. Terubuk tempatan lebih sedap kerana segar sedangkan terubuk import terpaksa dibekukan terlebih dulu. Terubuk import mempunyai bintik hitam di badan tetapi tiada pada terubuk sungai.

 

Perbezaan terubuk tempatan dan import juga boleh dilihat pada harga. Terubuk sungai lebih mahal berbanding terubuk import. Sekali imbas memang sukar mencari perbezaan terubuk sungai dan terubuk import. Orang biasa memang selalu keliru.

 

Ramai orang kita sendiri tidak tahu membezakan ikan terubuk tempatan dan import. Sebagai seorang yang biasa makan terubuk air tawar(tempatan), ikan terubuk import langsung jauh beza rasa dan baunya bagi saya. Ikan terubuk tempatan rasa manis, lemak dan tidak kuat bau hanyir.

 

Manakala ikan terubuk import rasanya lebih tawar dan berbau hanyir. Diharap orang kita akan lebih faham perbezaan tersebut dan menghargai ikan tempatan.

Bagi saya, perbezaan rasa yang paling ketara bagi sesuatu spesies ikan adalah isi bahagian perutnya atau isi bawah perut. Bahagian lain, tidak jauh bezanya antara spesies-spesies ikan dalam keluarga yang sama.

 

Jom like & See First www.facebook.com/umpanmania101