Dalam memburu penghuni apungan (selain pecah periuk, ada spesies lain juga menghuni apungan besar), teknik menghanyut umpan dan melontar perlu dilakukan sehampir mungkin ke apungan tersebut.
Perambut
Perambut sepanjang setengah depa menggunakan perambut kabel ataupun tali mono 60 paun boleh dipraktikkan dalam memburu spesies ini. Setting kasar ini penting bagi memastikan dapat menarik mangsa keluar dari halangan apungan.
Ads
Umpan
Umpan sotong atau hirisan kembung sangat sesuai digunakan untuk menjerat mangsa yang kebiasaannya mencari makanan di sekitar apungan yang hanyut. Spesies pelagik ini pada kebiasaannya akan melarikan umpan antara dasar dan permukaan air.
Ads
Set pancing
Set pancing yang digunakan juga tidak perlulah menjurus kepada set yang terlalu berat kerana, aksi tarikannya memang dinantikan pemancing. Cuma perlu seimbang agar dapat merasai keseronokan sebenar melayan penghuni ini.
Ads
Bulu itik
Secara amnya, ikan pecah periuk akan menjamah apa jua umpan yang dilontarkan berhampiran kumpulan mereka.Selain hirisan kembung dan sotong, batu ladung yang diikat bulu itik juga mendapat sambutan dan tidak keterlaluan jika saya katakan spesies ini mudah dipancing jika terkena lubuknya. Selain itu mikro jig dengan sotong getah juga boleh digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika korang bertemu kawasan-kawasan paya, parit, lopak atau kawasan penuh reba berhampiran dengan sungai, ambil masa untuk memerhati sekiranya ada kewujudan ikan bujuk di kawasan tersebut.
Jika ada bunyi mencakup (sambaran ikan di dalam air), maka peluang untuk anda memperoleh lesen bujuk adalah tinggi. Bunyi mencakup ini biasanya boleh kedengaran pada waktu awal pagi dan lewat senja kerana pada waktu inilah bujuk aktif memburu makanan selain pada waktu malam.
Cara kedua untuk mengesan kehadiran bujuk adalah dengan mengesan kelompok anak bujuk. Untuk mengesan kelompok anak bujuk (hampir sama dengan kelompok anak haruan) perlulah fokus dan peka pada riak permukaan air.
Lazimnya kelompok anak bujuk ini berada di bahagian tepi tebing parit atau paya. Oleh yang demikian mata perlulah fokus pada bahagian tepi tebing. Sekiranya bertemu kelompok anak bujuk yang masih kecil maka korang akan berpeluang untuk strike sepasang induknya.
Sekiranya menemui parit atau paya yang dipenuhi samai pula, korang perhatikan pula jika terdapat lubang atau ruang kosong. Lazimnya lubang ini menjadi ruang untuk bujuk timbul menghirup oksigen untuk bernafas. Maka ruang inilah korang gunakan sebagai spot untuk memancingnya dengan menggunakan umpan cacing, ikan atau katak.
Sekiranya menggunakan cacing, sebaiknya gunakan cacing tersebut sebagai rasuah terlebih dahulu. Cincang sedikit cacing dan taburkan ke dalam lubang yang dipercayai tempat bujuk timbul tersebut. Biarkan seketika bagi melihat sebarang reaksi di permukaan lubang tersebut.
Atau korang boleh saja memancing dengan menggunakan umpan cacing. Sebaiknya cangkukkan cacing dalam jumlah yang banyak pada mata kail. Kemudian hulurkan saja umpan ke dalam lubang tersebut.
Sama ada menggantungkan umpan di pertengahan air atau sampai ke dasar, umpan perlulah dihenjut perlahan-lahan. Jika ada bujuk yang menanti, dalam masa singkat korang akan menerima strike.
Kaedah yang sama boleh dilakukan jika menggunakan umpan ikan atau katak. Kekalkan unjunan perlahan di dalam lubang tersebut. Sekiranya menggunakan katak boleh juga membuat lontaran ke atas sama dan tarik perlahan-lahan sehingga umpan masuk ke lubang. Berkemungkinan korang akan menerima sambaran sejurus katak tenggelam di lubang tersebut.
Sekiranya menggunakan umpan katak dan di kawasan yang lebih terbuka pula dengan kaedah casting, sebaiknya biarkan katak tenggelam sebelum melakukan karauan. Ini kerana lazimnya bujuk kurang membuat sambaran di permukaan air. Ia lebih gemar membuat sambaran di dalam air. Apabila umpan katak tenggelam ke dasar dan buatlah karauan perlahan, berhenti seketika dan karau lagi.
Sesuai dengan namanya, umpun pasir menjadikan kawasan berpasir sebagai habitatnya. Kebiasaannya umpun jenis ini senang ditemui di kawasan yang mempunyai pasir yang kasar.
Ada banyak cara untuk mendapatkan umpun pasir ini. Cara yang paling mudah adalah dengan penggunakan skop atau cangkul sahaja.
Namun untuk mendapatkan saiz umpun pasir yang lebih kasar, teknik menangkap menggunakan tangan amat popular.
Biasanya, campuran dedak ayam dan belacan atau ikan busuk sering digunakan untuk menarik perhatian umpun ini keluar dari pasir dan tangan haruslah sepantas yang mungkin untuk menarik umpan ini.
Ikan sasaran:
Gelama, bolos, daun baru, semilang, gerut-gerut, kerapu, tetanda, pari.
Cara digunakan:
Umpun-umpun pasir dicangkuk padat pada mata kail. Lebih efektif jika menggunakan perambut 2 mata atau apollo.
Mungkin bagi sesetengah pemancing yang mempunyai duit yang lebih melihat enjin baru lebih berbaloi dimiliki. Harga pasaran yang masih konsisten membolehkan pemancing memilih untuk membelinya.
Terdapat pelbagai jenama seperti Yamaha, Suzuki, Mariner, Mercury, Johnson, Honda dan lain-lain jenama seperti Hidea keluaran China terdapat di pasaran tempatan.
Enjin 2 lejang atau 4 lejang boleh dipilih mengikut kehendak pemancing tetapi mungkin cuma harganya sedikit berbeza.
Di Malaysia, tiada had penggunaan kuasa kuda terhadap perairan padang pancing kita namun sesetengah negara luar, terdapat penguatkuasaan undang-undang terhadap had penggunaan kuasa enjin sangkut.
Memilih membeli enjin sangkut terpakai.
Sebenarnya ramai nelayan atau pemancing menjual dan mencari enjin sangkut terpakai. Berbeza dengan membeli enjin sangkut baru, pembeli haruslah meneliti dan melihat sendiri enjin terpakai tersebut supaya tidak kecewa setelah memilikinya.
Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan seperti:-
1. Memeriksa badan enjin sangkut.
2. Memeriksa kipas enjin.
3. Meneliti kebocoran head enjin.
4. Memastikan tangki minyak dalam keadaan baik.
5. Memastikan hose penyalur minyak tidak bocor.
6. Bunyi rod tidak bising.
7. Enjin tidak bergegar.
8. Gear mudah dimasukkan ke hadapan dan mengundur.
Ia tidak mungkin 100% sempurna namun pembeli harus tahu penyelenggaraan enjin sangkut ini bukan mudah. Bayangkan enjin sangkut berkuasa 15 hp baru sama nilainya dengan sebuah motosikal kapcai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...