Memancing di laut memang ada keseronokannya yang tersendiri. Selain daripada berpeluang untuk bertarung dengan ikan-ikan besar, ia juga memberi peluang untuk anda menduga lubuk-lubuk yang tidak dijangka isi yang ada di dalamnya.

 

Tetapi di sebalik keseronokan tersebut, memancing di tengah lautan juga mendedahkan anda kepada bahaya, terutama jika berlaku kecemasan yang tak diingini. Oleh itu UMPAN kali ini ingin berbicara serba sedikit tentang bahasa isyarat kecemasan ketika di laut.

 

PENGGUNAAN BENDERA

IKLAN

 

Boleh dikatakan kebanyakan bot-bot besar (terutama bot persiaran) telah siap menyediakan bendera yang membawa maksud isyarat yang tertentu. Bagi bot-bot besar, penggunaan bendera ini amat penting terutama untuk berkomunikasi dengan bot sekitar bila berlaku sebarang kecemasan.

 

Anda boleh rujuk International Code Flags and Pennants, yang mana ia menunjukkan jenis bendera dan maksud bagi setiap bendera. Sebagai contoh bendera KILO, yang membawa maksud ingin berkomunikasi. Jika bot anda mengalami masalah, anda boleh gantungkan bendera ini pada bot anda bagi membolehkan bot yang ada di sekitar menyedari anda. Mungkin selepas ini bagi pengusaha bot ataupun pemancing yang sering turun ke laut boleh bersiap sedia dengan beberapa bendera yang mudah untuk disediakan dan simpan di kotak memancing laut dalam anda untuk di gunakan di waktu kecemasan.

IKLAN

 

JENIS GERAKAN BENDERA

 

IKLAN

Ketahui Bahasa Isyarat Kecemasan Ketika Di Laut *

 

Terdapat satu lagi jenis bahasa isyarat yang boleh digunakan ketika kecemasan. Bahasa ini memerlukan 2 bendera. Ia perlu digerakkan mengikut pergerakan tertentu (rujuk gambar The Semaphore Alphabet and The International Morse Code). Jadi, jika anda mempunyai bendera kilo di atas dan ada kapal yang ingin berkomunikasi dengan anda. Anda boleh membalas menggunakan bahasa kedua ini.

 

Jika berada di laut adalah penting juga untuk anda sekurang-kurangnya hafal isyarat S-O-S (Save Our Soul). Isyarat ini sangat penting ketika berlaku kecemasan, dan isyarat S-O-S ini paling di ketahui ramai kerana ia menggunakan bahasa kod Morse. Jika anda menggunakan lampu suluh, isyaratnya adalah 3 kali suluhan pendek, kemudian 3 kali suluhan panjang, kemudian 3 kali suluhan pendek.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI