Nama kerapu biasanya diberikan kepada spesies di dalam salah satu daripada dua genus besar iaitu Epinephelus dan Mycteroperca. Di samping itu, spesies yang diklasifikasikan dalam genus kecil Anyperidon, Cromileptes, Dermatolepis, Gracila, Saloptia dan Triso juga dipanggil kerapu.

 

Begitu juga ikan dalam genus Plectropomus yang dirujuk sebagai coral groupers. Semua genera semua diklasifikasikan dalam subfamili Epiphelinae itu. Ia sedikit memeningkan kepala apabila membicarakan pengkelasan saintifik ikan yang terlalu besar famili seperti kerapu ini.

 

Kenali King Of The Kerapu!!

 

Walau bagaimanapun, perkataan kerapu (grouper) amat meluas dipercayai berasal dari nama Portugis, grouper. Asal-usul nama ini dalam bahasa Portugis dipercayai dari bahasa asli Amerika Selatan asli.

 

Famili Serranidae mengandungi kira-kira 450 spesies dalam 65 genera, termasuk bass laut dan kerapu (subfamili Epinephelinae).

 

IKLAN

Kerapu adalah ikan teleosts, yang pada lazimnya mempunyai badan gempal dan mulut yang besar. Spesies ini tidak dibina untuk kepantasan atau renangan jarak jauh. Kerapu boleh membesar dengan saiz luar biasa dan tumbesaran panjang melebihi satu meter. Berat sehingga 100 kilogram bukan luar biasa walaupun dalam apa-apa kumpulan yang besar dan berbeza spesies.

 

Kenali King Of The Kerapu!!

 

Kerapu merupakan pemangsa yang menelan mangsa dengan sedutan daripada membaham dengan gigitan. Kerapu tidak mempunyai banyak gigi. Namun di tepi rahang mempunyai plat gigi penghancur yang menakjubkan. Kerapu lazimnya menjadikan ikan, sotong gurita, dan krustasea sebagai diet utama.

 

Sesetengah spesies lebih suka untuk menyerang hendap mangsanya manakala spesies lain merupakan pemangsa yang aktif. Mulut dan insang spesies ini membentuk satu sistem menghisap kuat yang menghisap mangsanya dalam dari jauh.

IKLAN

 

Kerapu juga menggunakan mulut mereka untuk menggali ke dalam pasir untuk membentuk tempat perlindungan mereka di bawah batu-batu besar, dilepaskan keluar melalui insang mereka.

 

Kenali King Of The Kerapu!!

 

Kerapu adalah hermafrodit protogynous dengan kebanyakannya monandric iaitu mereka matang hanya sebagai betina dan mempunyai keupayaan untuk menukar jantina selepas kematangan seksual. Dalam erti kata lainnya, kebanyakan kerapu lahir sebagai jantan dan mampu bertukar menjadi betina apabila mencapai tempoh matang. Justeru itu kerapu lebih cepat membiak berbanding siakap.

 

IKLAN

Beberapa spesies kerapu berkembang kira-kira satu kilogram setahun dan secara umumnya juvenil sehingga mencapai tiga kilogram, apabila mereka menjadi betina. Kerapu jantan terbesar sering mengawal harem mengandungi tiga hingga 15 betina. Walau bagaimanapun, sesetengah kerapu adalah gonochoristic.

 

Dengan begitu banyak jenis dan spesies kerapu, Atlantic goliath grouper atau kerapu Atlantik goliath atau itajara (Epinephelus itajara), juga dikenali sebagai jewfish adalah ikan air masin paling besar dalam keluarga kerapu.

 

Kenali King Of The Kerapu!!

 

Ikan gergasi ini boleh mencapai saiz yang sangat besar. Ia mampu membesar panjang sehingga 2.5 meter dan boleh mencapai berat sehingga 360 kilogram. Bayangkan jika spesies sebesar ini membaham umpan atau jig anda. Sekiranya ia tidak bergerak, pasti keadaannya sama seperti strike tukun atau kapal karam.

 

Rekod dunia untuk spesimen sukan memancing yang berjaya ditangkap adalah 308.44 kg, ditangkap di Pantai Fernandina, Florida, pada tahun 1961.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI