Secara peribadi, saya sendiri masih tertanya-tanya kegunaan sebenar batu ladung berbentuk roket dengan lubang laluan tali yang besar. Namun saya percaya ia mungkin digunakan secara tersendiri dalam teknik pancingan pantai. Secara teorinya ia dibentuk dengan sepasang sayap yang membolehkan lontaran umpan dapat dihasilkan dengan lebih jauh tanpa rintangan angin yang besar dan lebih tepat menuju ke lubuk sasaran.

 

Perlu Kenali Jenis & Fungsi Pemberat!!

 

Saya jarang menemui pemberat jenis ini di pasaran terutamanya kedai-kedai pancing Lembah Kelang. Namun saya pernah melihat para tekong dan awak-awak di Pantai Timur menggunakan batu ladung ini ketika mencandat sotong atau memancing tenggiri menggunakan koyan.

Uniknya pemberat ini ia didatangkan dengan jalinan tali tangsi sebagai ganti gelung atau cincin yang biasa terdapat pada batu ladung mati. Saya percaya ia adalah pemberat custom yang membolehkan ia disambung dengan set perambut atau tanduk buatan sendiri yang tidak menggunakan swivel penyambung.

IKLAN

 

Perlu Kenali Jenis & Fungsi Pemberat!!

 

Pemberat jenis ini hampir sama bentuknya dengan batu ladung leper, panjang atau silinder kecuali pada bahagian atasnya disambungkan dengan gelung atau cincin bertangkai panjang. Ia juga hampir menyamai batu ladung sauh tetapi tidak memiliki kaki labah-labah.

Ia dipercayai lebih banyak digunakan dalam pancingan surfcasting sebagaimana batu ladung sauh. Memandangkan dawai tangkainya diperbuat daripada logam yang mudah karat, saya percaya ia lebih sesuai digunakan untuk pancingan air tawar yang luas seperti tasik atau lombong.

IKLAN

 

Perlu Kenali Jenis & Fungsi Pemberat!!

 

Sebagaimana nama khasnya (trolling sinkers), maka tidak sukar untuk kita mengetahui tujuan kegunaannya. Batu ladung trolling atau menunda ini lazimnya diperbuat daripada logam karat selain timah dan kedua-dua hujungnya dipasang swivel tahan karat. Ia biasanya digunakan untuk menambah berat kepada gewang tundaan bagi mencapai paras selaman yang dikehendaki. Selain dari pancingan menunda, ia juga sesuai digunakan bagi pancingan mengilat atau lain-lain.

IKLAN

 

Perlu Kenali Jenis & Fungsi Pemberat!!

 

Pemberat atau running sinkers yang mirip batu ladung biji kana pada asasnya direka bentuk untuk konsep pancingan yang sama. Secara teori pula pemberat jenis ini lebih efektif berbanding batu ladung biji kana bagi mengurangkan tali utama bersimpul. Bentuknya yang dipanjangkan itu mampu menyelamatkan perambut dari diputuskan ikan bergigi tajam. Selain itu ia juga lebih baik dari aspek lontaran yang lebih jauh serta boleh digunakan sebagai pemberat tambahan pada gewang.

 

Perlu Kenali Jenis & Fungsi Pemberat!!

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI