Nama saintifik: Abalistes stellatus, Balistapus undulatus, Melichhthys vidua, Odanus niger, Pseudobalistes flavimarginatus, Sufflamen fraenatus

Nama lain: Ayam laut

Keluarga: Balistadae

Ciri fizkal: Berkulit keras dan bergigi kapak serta tajam

Habitat: Kawasan karang

Diet: Sisa ikan, krustasea, hidupan karang kecil serta moluska

Taburan: Laut China Selatan, Laut Sulu, Selat Melaka hingga Lautan Hindi

 

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101

 

Terdapat enam jenis ikan jebong atau nama Inggerisnya trigger fish yang ditemui di sekitar perairan Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. itar perairan Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Yang paling banyak ialah jenis Abalisters stellatus yang biasa dijumpai di pasaran tempatan.

IKLAN

 

Manakala 5 jenis jebong lain memiliki kombinasi warna dan corak badan yang lebih cantik. Ia disifatkan sebagai ayam laut kerana isi pejal seperti haiwan darat berkenaan. Malah isinya diambil setelah dikupas keras di bahagian luar. Ikan ini amat diminati di Pantai Timur berbanding Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

 

 

Ciri utama jebong ialah kulit keras hingga serata bahagian badannya. Berbeza dengan ahli keluarga rapatnya ikan barat-barat yang kulit luarnya lebih lembut di seluruh bahagian badan. Biasanya ia dibarisi gigi kapal terjojol di hadapan serta gigi-gigi kecil atas bawah serta mulutnya amat kecil berbanding saiz badan. Bentuk badan leper tetapi agak tebal isinya dan bahagian kepala amat keras.

 

Setiap jenis jebong memiliki corak warna tersendiri berwarna-warni kecuali dari jenis jebong putih ini. Jenis yan menjadi kegemaran masyarakat pantai timur ini mempunyai bahagian atas berwarna kelabu disusuli tompokan keperakan di tengah. Corak kelabu putih ini lebih ketara di atas garis lintang hidup sehingga bahagian ekor.

 

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101

 

Bahagian ekor berbentuk bulan di tengah tetapi menirus kedua-dua hujung. Sirip dorsal pertama memiliki tulang agak keras dan saiznya pendek berbanding sirip dorsal kedua. Saiz biasa ialah hampir 30cm panjang dan paling besar dilaporkan 44.5cm.

 

Tahap tumbesaran setiap jenis jebong tidak sekata. Di kalangan keenam-enam jenis jebong yang dicatatkan, jebong kuning ekor berduri (Pseudobalistes flavimarginatus) dan jebong perang ekor bercabang (Odanus niger) mampu membesar sehingga 60cm.

 

Lazimnya jebong mudah ditemui di kawasan yang kaya dengan terumbu karang. Jebong amat jarang keluar dari kelompok terumbu karang. Kawasan wilayah buruan atau lingkungan mencari sumber makanan juga tertumpu di kawasan berkenaan.

 

 

Ia banyak berlegar di atas karang bawah dan pertengahan air. Gemar mendiami kedalam sederhana di mana kadar ketelusan cahaya lebih menyerlah iaitu sekitar 6meter hingga 60meter. Ikan jebong bersifat kewilayahan dan bergerak dalam kumpulan tersendiri.

 

Ikan jebong tidak begitu kuat meronta apabila dinaikkan tetapi suka mengeluarkan bunyi seakan-akan ikan gelama. Gigi yang kuat digunakan untuk memecahkan karang kecil, cengkerang dan menggeledah kawasan karang mencari makanan yang terdiri dari krutesia, organisma Benthic serta cebisan ikan, sotong dan sebagainya.

 

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101