Selain ikan kayu (aya kurik / tongkol putih), aya hitam, aya selasih, aya mata besar, aya sirip kuning, aya sirip biru dan aya tenggiri adalah rangkaian ikan yang lebih dikenali panggilan tuna di kalangan masyarakat luar.

 

Badan aya kurik berbentuk peluru  ‘turpedo’  yang padu dan mantap. Mulutnya mampu membuka luas mudah menelan seekor kembong, dan dibarisi gigi-gigi tajam berlapis atas dan bawah.

 

Kenali Ikan Kayu!!

 

Ia  mempunyai jalur hitam putih yang tidak sekata di atas badan selepas garis lintang dan bermula dari hujung sirip pektoral.

Bentuk dan corak jalur hitam putih inilah yang membezakan aya kurik, aya selasih dan aya hitam. Warna putih mendominasi bahagian bawah badan aya kurik ini dan berbadan gempal dan sedikit gemuk berbanding aya selasih.

 

Sirip dorsal pertama dan kedua terpisah antara satu sama lain. Sirip-sirip kecil (finlets) hadir selepas sirip dolsal kedua membawa ke pangkal ekor (atas dan bawah).

IKLAN

Pangkal ekor pula terdapat sisik yang keras di tengah pangkal ekor (median keel) yang mampu melukakan tangan jika dikendalikan secara tidak betul.

 

Kenali Ikan Kayu!!

 

Ikan aya adalah jenis spesies yang  mempunyai  darah yang banyak, hanyir sedikit kesan dari bau darah yang berlebihan, cepat mati apabila berada di luar air dan kurang menggelepar seperti mana ikan  karang.

 

Biasanya tongkol ini meronda di lautan yang mempunyai suhu air di antara 18 °C hingga 29°C. Gemar meronda dalam kumpulan yang besar dengan saiz purata 2 hingga 4 kilogram setiap ekor. Rekod terbesar untuk aya kurik ialah 6kg atau 68cm panjang.

IKLAN

 

Biasanya mengekori kumpulan ikan bilis yang menjadi sumber diet utama. Membiak dari bulan Ogos hingga Oktober di sebelah pantai Timur membawa ke arah perairan Sabah.

 

Kenali Ikan Kayu!!

 

Profil Ringkas

IKLAN

Nama Lain: Tongkol, Kayu, Bakulan

Ciri Fizikal: Bentuk badan seperti selinder (peluru), mulut besar dilengkapi gigi-gigi halus. Ekor tirus bercabang dan spesies ini mempunyai lima sirip dorsal dan anal kecil dekat bahagian ekor.

Diet: Gemar makan ikan bilis dan anak-anak ikan pelagik lain.

Habitat: Permukaan air dan persisiran pantai melebihi 20km.

Taburan: Bergerak dari Laut Jepun Ke Australia, Terusan Suez dan seluruh Asia Tenggara.

Tempatan: Pantai Timur, Sabah dan Sarawak,  Pantai Barat taburannya lebih ketara dari Pulau Jarak ke  arah Tukun Perak.

 

Kenali Ikan Kayu!!

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI