Unique outside knot ini merupakan ikatan yang berasaskan simpulan. Semakin banyak simpulan maka semakin kukuhlah ikatannya.

Namun ia lebih sesuai digunakan pada mata kail bercincin atau swivel dan menggunakan kevlar atau perambut tali sulam.

Ia kurang sesuai jika menggunakan perambut mono kerana simpulan dan jerutan yang terhasil boleh melemahkan tali.

 

Langkah 1

Masukkan  tali perambut melalui lubang cincin mata kail dari arah belakang.

 

Langkah 2

Buatkan satu lingkaran dengan hujung perambut berada di atas tali perambut.

 

Langkah 3

Selitkan hujung  tali ke bawah tali utama dan masukkan ke dalam lingkaran tadi.

 

Langkah 4

Ulangi langkah itu sekurang-kurangnya tiga kali. Lagi banyak lagi bagus ikatannya nanti.

 

Langkah 5

Perlahan-lahan tarik hujung tali sehingga ikatan terbentuk. Pastikan simpulan tidak terbelit atau bertindih.

 

Langkah 6

Kemaskan  ikatan yang terhasil agak tidak bertindan atau berketul.

 

Langkah 7

Tarik tali utama hingga ikatan rapat pada hujung cincin mata kail. Potong lebihan tali dan ikatan sudah menjadi sempurna.

 

(Saksikan juga video di bawah ini)

 

 

Tinggalkan Komen