Potong dahulu kabel kira-kira 6 inci atau sepanjang mana yang dikehendaki. Kemudian masukkan salah satu hujung ke dalam lubang cincin mata kail dari arah belakang.
Langkah 2
IKLAN
Masukkan kira-kira 1 inci kabel dan pegang dengan kemas bahagian kabel di atas teras mata kail.
Langkah 3
Tarik bahagian kabel yang panjang ke arah teras mata kail.
IKLAN
Langkah 4
Mulakan lilitan dengan bahagian kabel yang panjang ke arah hujung mata kail.
Langkah 5
Lakukan lilitan sekurang-kurangnya lima kali dengan kemas.
IKLAN
Langkah 6
Masukkan hujung kabel panjang itu ke dalam lubang cincin dari arah belakang atau bawah mata kail.
Langkah 7
Ikatan telah disiapkan. Bagi membolehkan ikatan tersebut lebih kemas, bolehlah bakar bahagian lilitan tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bagi kenderaan di darat penggunaan kilometer per jam adalah sinonim dipraktikkan di negara Asia dan kiraan jarak perbatuan di gunakan di negara Eropah.
Namun kiraan batu nautika bagi kegunaan mengukur jarak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi lautan adalah menggunakan jarak batu nautika atau knot mengikut kelajuan sesebuah pengangkutan air.
Ia turut digunakan oleh pengangkutan udara dan juga kegunaan ketenteraan bagi memberi koordinat sesebuah lokasi.
Hubung kaitnya dengan soal hobi memancing adalah adakah kita mengambil tahu setiap jarak yang dilalui untuk menuju ke sesebuah lubuk?
Ramai yang tidak peka tentang jarak ini kerana bagi pemancing segalanya terletak di tangan tekong yang membawa bot.
Bagi pemancing yang peka dan bersikap mengambil tahu biasanya akan membuat sedikit kajian tentang keadaan cuaca, lubuk di sekitar lokasi pancingan dan membuat kajian dalam internet bagi sesuatu trip.
Penentuan jarak ini adalah bagi pergerakan yang lurus dan mungkin akan bertambah sekiranya pengangkutan seperti bot melencongmengelak ombak atau mengelak halangan ketika menuju ke sesebuah lubuk.
Bagaimana menentukan knot dan jarak batu nautika Biasanya bagi kenderaan darat seperti kereta dan motosikal akan mempunyai meter dan sentiasa berpusing mengikut putaran roda.
Bagi pergerakan di lautan pula penggunaan GPS yang merekodkan perjalanan dapat menentukan jarak batu nautika dari jeti ke lubuk memancing ataupun ke lautan lepas.
Kegunaan lain bagi jarak batu nautika ini adalah bagi tujuan keselamatan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.
Koordinat dan jarak perbatuan nautika ini amat membantu pasukan menyelamat untuk mencari jika bot ditimpa musibah.
Seperti mana giant trevally (GT), gerepoh atau GT sirip biru sememangnya menjadi salah satu spesies buruan bagi kaki fly fishing, popping, casting dan jigging.
Selain itu ia boleh ditangkap mengunakan teknik menunda serta hanyut umpan anak ikan segar.
Namun, lebih ramai pemancing menyukai teknik lebih moden kerana tiada pengunaan umpan sama sekali.
Anda tidak perlu risau mengenai kesegaran umpan serta jenis umpan tersebut. Yang perlu ialah semangat, kombinasi perlatan yang sesuai serta pelbagai set umpan tiruan yang beraneka rupa, jenama, jenis dan tentunya harga.
Selain itu skill dan kemahiran mengendalikan gewang bermata tiga ini perlu dipertingkatkan agar kes tersangkut pada badan pemancing lain boleh dihindarkan.
Gerepoh sirip biru banyak diburu dengan teknik moden ini ketika air besar iaitu 26 hingga 4 tanggal Hijrah dan 13 hingga 18 hari bulan.
Waktu ini air akan pasang awal pagi dan waktu petang di mana ia akan meronda di kawasan tepian batu atau pulau tatkala air pasang. Teknik casting gewang serta menunda adalah paling efektif.
Ringkasan di sini ialah pengaruh dan faktor cahaya bulan juga perlu dirujuk jika inginkan hasil yang lebih positif. Paling mudah ketika bulan gelap.
Kini kalau lokasi di semenanjung, jika teknik ini membuahkan hasil saya anggap ia lebih nasib semata-mata kerana populasi ikan ini diketahui amat jarang di perairan tempatan.
Gerepoh sirip biru bersaiz purata 3kg hingga 6kg ke atas biasanya mudah diperangkap dengan teknik menunda dan popping.
Kebanyakan pemancing yang menunda mengunakan kekili aksi berat dengan kekuatan tali minimum 30Ib.
Jarang saya dengar gerepoh sirip biru menghilangkan diri dengan ratusan meter tali pancing terutama apabila teknik jigging dan popping disambar oleh mangsa berpandukan saiz tidak seberapa.
Di perairan yang terlalu jernih warna popper berasaskan biru adalah diutamakan. Untuk aktiviti popping dan gewang, kekili jenis terbuka lebih mudah di kendalikan, jigging dan teknik umpan lebih sesuai mengunakan kekili multiplier.
Ramai pengemar casting dan jigging mengunakan tali sulam kerana mudah dan cepat membalas.
Jika mengunakan mono sambungkan tali sulam sehingga 10 kaki di hadapan sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan replika ikan besi akan singgah di muka anda!
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15Ib hingga 30Ib. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Tali utama berkekuatan 15Ib hingga 30Ib cukup memadai kerana ia pasti akan menjanjikan siapa yang mengerjakan siapa? Baru bestkan!?
(Sumber: Pokmud’s)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tebal pipi sekarang merupakan spesies yang sukar dipancing disebabkan jumlahnya yang sudah semakin berkurangan berbanding 15 -20 tahun dahulu. Untuk memancing spesies tebal pipi, pemancing mestilah ketahui secara mendalam tentang habitat speseis ini.
Perlu diketahui tempat laluan, tempat cari makan, tempat riadah, diet kegemaran, masa yang sesuai untuk mengendapnya, cara pemakanannya dan alatan yang sesuai untuk menjeratnya.
Mengikut pengalaman kawan memancing spesies ini, tebal pipi yang bersaiz kecil bawah 500 gram selalunya bergerak secara berkumpulan besar manakala 500 gram hingga sekilogram biasanya bergerak secara berkumpulan kecil.
Manakala yang bersaiz sekilogram keatas kebiasaannya bergerak secara solo namun kadangkala apabila tiba musimnya yang bersaiz besar ni bergerak secara berkumpulan besar namun ianya jarang berlaku dan hanya berlaku apabila tiba musimnya sahaja.
Tempat cari makannya adalah kawasan beting beting pasir dan lumpur yang mengandungi cacing laut iaitu ruat, perumpun, jangkau serta uni-uni dan juga kawasan berpasir halus yang berbatu kerikil serta berteranas di mana kebiasaannya kawasan ini mengandungi karang tiram dan kupang.
Sebab itu kawan pilih rakit Mamat sebagai pilihan untuk mengendap tebal pipi kerana rakitnya berada di bawah alor kapal dimana strukturnya berpasir, berbatu kerikil, berteranas, sedikit berlumpur dan ada karang tiram serta karang kupang.Ianya memang kawasan yang sesuai untuk tebal pipi meronda dan mencari makanan.
Ruat bakau, perumpun, uni dan jangkau adalah umpan terbaik untuk menjerat spesies ni namun ia juga diminati oleh spesies lain. Spesies-spesies wajib seperti duri dan gelama yang bedal dulu disebabkan jumlah mereka lebih banyak.
Untuk mengenali laluan tebal pipi ni biasanya pemancing mestilah mengenal pasti dulu kawasan alor, beting, teranas, karang tiram dan kupang yang sering dikunjungi spesies ini seperti yang terdapat di Rakit Mamat Tanjung Buai.
Kebiasaannya masa yang terbaik untuk menaikkan spesies ini adalah ketika permulaan pasang, pengakhiran pasang, permulaan surut dan pengakhiran surut. Cara memakan dengan mengutis umpan seperti ikan kecil pada permulaannya dan apabila dah telan atau mata kail dah tercacap kukuh barulah spesies ini melarikan umpan.
Hanya pemancing yang biasa menaikkan spesies ini lebih arif dan kenalpasti cara permakanannya. Tak boleh cepat melatah dan terus sentap kerana kebiasaannya tak lekat atau sering rabut semasa bertarung disebabkan mata kail hanya terlekat sedikit di bahagian mulutnya yang lembut.
Oleh itu mata kail memainkan peranan yang amat penting untuk menjerat spesies ini bergantung kepada kesesuaian penggunaan umpan. Mata kail yang sesuai adalah mata kail bersaiz kecil seperti mata kail wide gap bersaiz 6 jenama Angler di mana ianya sesuai dengan cara makan semulajadi spesies ini iaitu mengutis dan menyedut barulah telan.Kena pulak mata wide gap ni kalau telan memang secara semulajadinya kompom lekat tanpa perlu disembat.
Panjang perambut dan saiz perambut juga memainkan peranan yang penting untuk mendapat spesies ini. Perambut yang biasa digunakan adalah 20 pound ke bawah dan seeloknya fluorocarbon atau perambut halimunan yang tidak kelihatan di dalam air.
Tebal pipi ni adalah spesies yang begitu culas makan umpan. Kalau guna perambut kasar kadar kebarangkalian untuk mendapatkannya adalah sangat rendah terutamanya spesies yang bersaiz kasar tatkala air berarus perlahan atau bani.
Panjang perambut bergantung kepada kedalaman air. Jika kawasan cetek kurang dari 10 meter setengah depa sudah memadai namun jika kedalaman air lebih dari 10 meter panjang perambut ideal untuk menjerat spesies ini adalah sedepa atau lebih.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...