Pada perkongsian lalu kita sudah memaparkan cara-cara membuatkan ikatan knotless knot dengan menggunakan mata kail berlubang cincin. Kali ini kita tunjukkan pula ikatan knotless knot yang merupakan ikatan terbaik untuk mengikat mata kail tanpa cincin (eyeless hook) sama ada menggunakan tali tangsi mahupun tali sulam.

 

Langkah 1

Terus lekapkan tali pada teras belakang mata kail (tak perlu masukkan ke lubang cincin mata kail kerana mata kail ini tak ada lubang cincin).

 

Langkah 2

Buatkan satu lingkaran kecil dan pegang lingkaran dengan jari.

 

Langkah 3

Lilitkan hujung tali pada teras mata kail menghala ke arah hujung teras.

 

Langkah 4

Teruskan melilit sehingga terhasil 5 hingga 7 lilitan.

 

Langkah 5

Setelah membuat lilitan terakhir, masukkan atau selitkan hujung tali di antara mata kail dan tali utama (langkah paling betul dilakukan dengan betul kerana ia menjadi kunci ikatan daripada terlucut dari mata kail).

 

Langkah 6

Setelah itu masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang dihasilkan tadi.

 

Langkah 7

Tarik hujung tali dan tali utama sehingga ikatan menjadi ketat

 

Langkah 8

Tarik tali utama sehingga ikatan merapat kemas pada lubang cincin dan potong lebihan hujung tali.

Tinggalkan Komen