Harrison’s Loop lebih banyak digunakan bagi ikatan gewang namun ia sangat sesuai bagi mengikat mata kail menggunakan umpan hidup, dengan teknik drift atau menghanyut khususnya memburu sang layaran.

 

Langkah 1

Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung perambut

 

Langkah 2

Masukkan mata kail menerusi cincinnya ke perambut mendekati simpulan yang dihasilkan.

 

Langkah 3

Masukkan hujung menerusi simpulan yang dihasilkan tadi.

 

Langkah 4

Lilitkan hujung perambut sebanyak 3-5 kali pada perambut utama.

 

Langkah 5

Selitkan hujung perambut pada simpulan pertama yang dihasilkan tadi.

 

Langkah 6

Basahkan simpulan perambut dan tarik hujung perambut dan mata kail sehingga ketat. Buang hujung perambut yang berlebihan dan simpulan Harrison’s Loop telah siap untuk digunakan.

 

Tinggalkan Komen