Ikan-ikan yang dikelompokkan dalam famili Channidae biasanya dirujuk sebagai snakeheads (ikan berkepala ular) kerana memiliki skala besar pada bahagian kepala yang mengingatkan pada skala epidermis (plat cephalic) pada kepala ular.

Pada masa ini terdapat lebih daripada 30 spesies snakeheads yang sah direkodkan dan bujuk merupakan salah satu daripadanya.

 

Ikan bujuk atau nama umumnya forest snakehead tergolong Channidae, dalam genus Channa dan membawa nama binomial Channa lucius.

Sekali imbas, Channa licius ini hampir menyamai atau sinonim dengan spesies Channa siamensis.

Ia merupakan spesies Asia Tenggara, yang direkodkan dari beberapa negara, termasuk China selatan.

 

 

baca juga Info Spesies : Kenali Keluarga Toman & Haruan

 

Taburan spesies Asia tenggara ini melibatkan Indonesia (tenggara Sumatera Barat, Jawa, Mahakam dan Kayan lembah Kalimantan Timur, dan lembangan Kapuas Kalimantan Barat),

Malaysia (Sarawak, Sabah, serta Semenanjung Malaysia), Laos, Thailand, dan dari selatan China. Dan ia merupakan spesies ikan natif negara Kemboja, Indonesia,Laos, Malaysia, Thailand dan Vietnam.

 

Melihat pada aspek morfologi, ikan bujuk merupakan spesies yang menarik. Ia mudah dikenal pasti oleh deretan tompok gelap sepanjang sisi badan.

Ikan bujuk memiliki 37 hingga 41 filamen lembut pada sirip dorsal dan 25 hingga 30 filamen lembut pada sirip anal.

 

Ketika juvenil, bujuk memiliki dua unit jalur hitam tebal daripada bahagian kepala ke tengah bahagian sirip kaudal. Satu di bahagian atas dan satu di bahagian bawah.

IKLAN

Namun jalur hitam ini akan beransur-ansur memecah menjadi beberapa (5 hingga 9) bintik atau tompok hitam mengikut peningkatan usia.

 

Ikan bujuk boleh ditemui atau berhabitat di sistem sungai berarus perlahan atau hampir tiada arus, tasik, kolam dan paya.

Lazimnya ia lebih mudah ditemui di sistem perairan berdekatan hutan atau ladang-ladang (suhu air 20 hingga 30 darjah celcius, PH air 5.0 hingga 7.5).

 

Justeru itu ia dinamakan sebagai forest snakehead. Lazimnya bujuk akan menjadikan kawasan yang mempunyai banyak tumbuhan akuatik, serta tumbuh-tumbuhan berkayu yang terendam sebagai habitatnya.

 

Sebagaimana keluarga Channa lainnya, bujuk mempunyai alat pernafasan tambahan dalam bentuk ruang suprabranchial berpasangan yang terletak di belakang dan di atas insang, walaupun ini bukan labyrinthic tetapi dilapisi epitel pernafasan.

 

Bilik-bilik atau organ-organ ini membolehkan bujuk menghirup udara atmosfera dan bertahan dalam keadaan hipoksik atau keluar dari air untuk tempoh masa yang agak lama, dan di dalam akuarium mereka sering dilihat naik ke permukaan untuk mengambil udara.

 

IKLAN

Sebagai ikan pemangsa, bujuk menjadikan ikan yang lebih kecil, udang, dan ketam sebagai diet utamanya.

Selain itu, ikan yang mampu membesar sehingga 40 cm juga merupakan haiwan bermigrasi penuh. Ia membina sarang untuk pasangannya bertelur dan kekal bersama pasangannya menjaga telur dan larva.

 

Dalam sektor penggunaan dan perdagangan, spesies ini dianggap sebagai ikan makanan ketiga paling berharga di Asia tenggara, dan dikatakan harganya mencapai 10 hingga 20 USD per kilogram bagi spesies hidup atau segar.

 

Begitu juga dengan saudaranya C. micropeltes dan C. striata (ikan toman dan haruan) yang lebih popular di pasaran.

Selain itu ia juga dijual dalam perdagangan ikan akuarium terutamanya di Singapura dan Kemboja.

 

Begitu pun ikan bujuk tidak terlepas daripada ancaman kepupusan berikutan banyak sungai dan sistem perairan yang terjejas oleh pencemaran (pertanian, bandar dan

industri), serta degradasi habitat yang timbul daripada pembangunan bandar dan pemendapan. Namun impak spesifik kepada spesies ini masih tidak diketahui.

 

IKLAN

Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Anabantiformes

Family: Channidae

Genus: Channa

Species:  C. lucius

Binomial name: Channa Lucius (G. Cuvier, 1831)

 

 

baca juga Info Spesies: Kenali Haruan Tercurut Di Dunia

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI