Ikan tengalan merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai nilai yang agak tinggi. Ikan dengan nama umum crossband barb atau crossbanded ini merupakan ikan asal atau ikan natif negara kita.

 

Selain tengalan atau tenggalan, ikan ini turut dipanggil mungalan, mengkalan serta tingkalian di beberapa tempat tertentu.

 

Spesies dengan nama saintifik Puntius bulu (Puntioplites bulu) ini boleh ditemui di Asia Tenggara, terutamanya di Sumatera, Borneo dan Thailand.

Di Malaysia, spesies ini boleh didapati di Sungai Pahang dan sungai (Sungai Tembeling, Jelai, Tanum), Sungai Perak (di bahagian atas Kuala Kangsar), Sungai Endau serta Sungai Muar.

Juga pernah didapati banyak di Tasik Chenderoh di Empangan Temenggor dan Tasik Cini di Pahang

IKLAN

 

Info Spesies: Profil Ikan Tengalan
tengalan di Tasik Rabam

 

Ciri-ciri menonjol pada ikan tengalan ialah mempunyai bentuk badan yang hampir sama dengan lampam Jawa (Puntius gonionotus). Ciri-ciri yang tersendiri adalah sirip punggung yang sedikit melengkung, dan jalur hitam menegak di sepanjang tepi.

Badan adalah keperakan hijau dengan skala kecil dan tulang.

IKLAN

 

Spesies omnivor ini mampu mencapai panjang melebihi 50 cm dan mencecah berat 9 kilogram walaupun spesimen tersebut sudah teramat jarang untuk ditemui.

Dikatakan spesimen seberat 4 kg pernah berjaya didaratkan menggunakan joran dan kekili namun jika saiz melebihi 1 kg diperolehi hari ini, ia sesuatu yang cukup menggembirakan.

 

IKLAN
Info Spesies: Profil Ikan Tengalan
tengalan di Tasik Bakun

 

Dari aspek ekonomi, ikan tengalan diternak sebagai sumber makanan bernilai tinggi dan juga ikan akuarium.

Dengan harga runcit yang tinggi dari kedua-dua spesies liar dan sangkar, masa depan spesies ini mempunyai potensi besar untuk menjadi spesies komersil akuakultur terkemuka di Malaysia.

 

Taksonomi:

 

Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Family: Cyprinidae
Genus: Puntioplites
Species:
P. bulu
Binomial name
Puntioplites bulu
(Bleeker, 1851)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI