Selaku ikan dalam keluarga flathead, ikan baji memiliki kepala yang leper mendatar. Mulut di bahagian bawah panjang sedikit dari rahang atas dan terdapat sekelompok gigi tajam

yang meruncing ke dalam. Bentuk gigi sebegini bertujuan untuk mengelakkan mangsa terlepas apabila dicengkam.

 

Matanya kecil terletak di bahagian atas kepala yang lebar dari badannya sendiri. Bentuk badannya menirus ke belakang dan agak lebar saiznya.

Berwarna coklat dan berbelang hitam di badan dan boleh menyamai warna lumpur yang menjadi habitatnya.

Selain itu ia juga untuk tujuan penyamaran ketika menanamkan sebahagian badan pada lumpur dasar.

Ekornya berjalur hitam putih dan separuh bulat. Bahagian bawah perut keseluruhannya cerah.

 

 

Pada asasnya ikan baji tidak menggigit atau memiliki sirip berduri yang berbisa. Tetapi perlu diawas pada dua baji (duri tajam) di kiri dan kanan berdekatan bahagian kepala.

Elakkan memegang bahagian kepala ikan ini dengan  tangan kerana duri yang terselindung di bahagian kepala ini boleh melukakan tangan anda dengan mudah dan setajam pisau.

Gunakan playar atau alatan yang sesuai untuk mengeluarkan mata kail dari mulutnya.

IKLAN

 

Ikan baji boleh menjangkau panjang sehingga 1 meter kaki tetapi spesimen sebegini jarang ditemui di pengairan negara kita.

Setakat tiada kajian dilakukan untuk memastikan secara saintifik kenapa ikan baji yang terdapat di negara kita jauh lebih kecil berbanding di Australia.

Spesimen yang biasa diperolehi di perairan tempatan sekitar 20 cm hingga 30 cm sahaja.

 

Habitat & Tabiat

 

IKLAN

Taburan ikan baji agak meluas dari India hingga Australia, terutama Queensland dan Selatan Jepun hingga di perairan negara kita.

Ikan berkepala leper mendatar ini mudah ditemui di kawasan perairan cetek yang mempunyai dasar berlumpur dan berselut.

 

Kadang kala ia turut mendiami kawasan pantai berpasir tetapi spesies yang suka membenamkan diri ini lebih tertumpu di kawasan pasir halus serta lembut.

Paling banyak ia dipancing ialah di sekitar kawasan berlumpur di persisran pantai Barat semenanjung terutama berdekatan dengan Jambatan Pulau Indah, Sekitar pelabuhan Kelang dan persisiran pantai Segari, Perak.

 

Taksonomi

IKLAN

 

Kingdom : Animalia

Phylum : Chordata

Class : Actinopterygii

Order : Scorpaeniformes

Family : Platycephalidae

Genus : Platycephalus

Species : P. indicus

Binomial name : Platycephalus indicus

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI