Memang banyak jenis spesies sotong yang hidup dalam laut di negara kita, apatah lagi di dunia ini. Setiap satu genus sotong terbahagi pula kepada beberapa spesies.

Namun kita senaraikan hanya 5 spesies sotong yang paling popular terdapat di perairan kita, Malaysia.

 

SOTONG TORAK (squid)

 

Info Spesies : 5 Jenis Sotong Popular Tanah Air

 

Banyak ditemui di kawasan Pantai Timur semenanjung dan menjadi sotong buruan utama kaki pancing tatkala tiba musim mencandat sotong.

Sotong torak mempunyai badan dan sesungut yang panjang. Sotong torak boleh membesar sehingga saiz melebihi panjang satu hasta orang dewasa.

 

Biasanya berlegar di kawasan laut yang lebih dalam. Biasanya kawasan bertelur atau disebut ‘kandang sotong’ merupakan lubuk carian utama kaki candat.

Sotong ini mudah tertarik pada cahaya lampu yang terang dan boleh dicandat menggunakan pelbagai jenis candat termasuk candat udang, twist dan candat umpan.

 

SOTONG CUMIT (squid)

 

Info Spesies : 5 Jenis Sotong Popular Tanah Air

 

IKLAN

Sotong jarum atau juga digelar sotong cumit hampir menyerupai sotong torak di mana mempunyai  bentuk badan yang memanjang namun biasanya saiz sotong jarum lebih kecil berbanding sotong torak.

 

Selain itu, warna merah pada kulit di badan sotong jarum lebih jelas. Sotong ini bergerak di kalangan sotong torak dan ketika musim mencandat biasanya hasil candat diselang-selikan dengan sotong jarum.

 

Sotong jarum juga kadangkala gemar berlegar di kawasan hampir dengan pantai. Sotong ini juga boleh dijadikan umpan memburu ikan seperti kerapu dan jenahak.

 

SOTONG KURITA (Octopus)

 

Info Spesies : 5 Jenis Sotong Popular Tanah Air

 

Sotong kurita mempunyai bentuk yang berbeza berbanding kesemua di atas. Biasanya habitat kurita di kawasan berlumpur.

IKLAN

Sotong kurita mempunyai badan yang sangat fleksibel dan mampu untuk masuk ke ruang atau celahan yang kecil.

 

Malah, sotong kurita juga mampu menjadikan cangkerang kosong sebagai tempat persembunyian. Sotong ini mempunyai sesungut yang kuat. Jarang dipancing untuk

dimakan sebaliknya pemancing gemar menjadikannya sebagai umpan memburu ikan jenahak.

 

SOTONG MENGABANG (Longfin squid)

 

Info Spesies : 5 Jenis Sotong Popular Tanah Air

 

Sotong mengabang atau sotong ngabang mempunyai bentuk badan yang agak pendek dan lebar.

Sotong ini boleh ditemui di kawasan pantai, pantai berbatu dan sekitar pulau yang mempunyai struktur batu karang.

IKLAN

 

Sotong mengabang boleh dicandat dari tebing atau kelong dan dikatakan juga mempunyai rasa yang sedap.

Biasanya sotong ini aktif ketika waktu petang dan malam lebih-lebih lagi sewaktu bulan terang.

 

Keadaan arus juga mempengaruhi kehadiran sotong ini. Biasanya penggunaan candat udang sangat berkesan untuk menjinakkan sang mengabang.

Anak ngabang juga antara umpan killer untuk memancing.

 

SOTONG KATAK (Cuttlefish)

Info Spesies : 5 Jenis Sotong Popular Tanah Air

 

Secara fizikalnya, sotong katak mempunyai bentuk yang hampir sama dengan sotong mengabang iaitu pendek dan agak lebar.

Namun sesungut atau jejari sotong katak lebih pendek dan mempunyai warna yang lebih jelas.

 

Selain itu, ciri-ciri utama sotong katak ialah mempunyai tulang berkalsium yang yang agak lebar dan jelas dapat dirasai jika kita memegang badannya.

Sotong katak gemar berlegar tidak jauh dari pantai dan biasanya dapat dicandat menggunakan candat udang yang dilepaskan hampir ke dasar.

Harga sotong katak lebih murah dan dikatakan rasanya kurang enak.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI